31 Jul 2009

H1N1..

apakah yg dimaksudkan dgn H1N1?
Influenza A(H1N1) virus is a subtype of influenzavirus A and the most common cause of influenza (flu) in humans. Some strains of H1N1 are endemic in humans and cause a small fraction of all influenza-like illness and a large fraction of all seasonal influenza. H1N1 strains caused roughly half of all human flu infections in 2006.[1] Other strains of H1N1 are endemic in pigs (swine influenza) and in birds (avian influenza).
In June 2009, World Health Organization declared that flu due to a new strain of swine-origin H1N1 was responsible for the 2009 flu pandemic. This strain is commonly called "swine flu" by the public media.
Influenza A virus strains are categorized according to two proteins found on the surface of the virus: hemagglutinin (H) and neuraminidase (N). All influenza A viruses contain hemagglutinin and neuraminidase, but the structures of these proteins differ from strain to strain, due to rapid genetic mutation in the viral genome.
Influenza A virus strains are assigned an H number and an N number based on which forms of these two proteins the strain contains. There are 16 H and 9 N subtypes known in birds, but only H 1, 2 and 3, and N 1 and 2 are commonly found in humans.[3]

In the 2009 flu pandemic, the virus isolated from patients in the United States was found to be made up of genetic elements from four different flu viruses – North American Mexican influenza, North American avian influenza, human influenza, and swine influenza virus typically found in Asia and Europe – "an unusually mongrelised mix of genetic sequences."[13] This new strain appears to be a result of reassortment of human influenza and swine influenza viruses, in all four different strains of subtype H1N1.
Preliminary genetic characterization found that the hemagglutinin (HA) gene was similar to that of swine flu viruses present in U.S. pigs since 1999, but the neuraminidase (NA) and matrix protein (M) genes resembled versions present in European swine flu isolates. The six genes from American swine flu are themselves mixtures of swine flu, bird flu, and human flu viruses.[14] While viruses with this genetic makeup had not previously been found to be circulating in humans or pigs, there is no formal national surveillance system to determine what viruses are circulating in pigs in the U.S.[15]
On June 11, 2009, the WHO declared an H1N1 pandemic, moving the alert level to phase 6, marking the first global pandemic since the 1968 Hong Kong flu.[16]
Hari ni, i dapat surat dari Kesihatan Malaysia utk menghadiri Taklimat Penjelasan Langkah-langkah Aktiviti Pencegahan Mitigasi Dalam Pandemik Influenza A, surat dari JPV Pahang untuk semua Pembantu Veterinar utk Influenza A dan panggilan telefon dari kesihatan utk menyuntik vaksin H1N1 ini kepada smua staf JPV Maran..

29 Jul 2009

sidang penternak

sidang penternak 2009 - maran, pahang
5/8/09 - date
akademi usahawantani kg awah, maran pahang - tempat
100 orang - target
1. insentif pengeluaran ternakan - kertas kerja 1
2. AI - permanian beradas - kertas kerja 2
3. zakat ternakan - kertas kerja 3
4. SPT skim pinjaman ternakan - kertas kerja 4
YH Dato' Dr Azahar bin Idris - tokoh perasmi - pengarah JPV Pahang
sesi dialog - pengarah, pegawai TAC, me, Pegawai SPT, pegawai PKZ.
menu:
pagi- air tea o, tea, kuih 3 jenis
t/hari - nasi putih, ikan patin masak tempoyak, ayam goreng berempah, ulam, sambal belacan, air oren
air mineral
cederahati kpd 3 org - perasmi, penceramah...
pening kpla den..semua kena buat sendiri..tolong......harap will be ok
......amen....
sesiapa berminat boleh la datang sementara ada tempat kosong..

27 Jul 2009

taman ..

sabtu ni mmg xde plan pi mana2..br weekend ni saya n family xpi mana2..hajat dihati nak kemas umah la..dah lama xkemas rumah ke? hehe.. kemas yg basic la kalo org berkerjaya neh! bkn mls tp xsempat..tiap2 hari mmg sempat msk nasi, lauk, sapu sampah, buang sampah, basuh baju, angkat baju dan basuh pinggan jer.. lipat smua hari minggu .. tu pun kalau hari minggu kat umah. kalau bjalan ke lain? alamatnya penuh la kain dlm bakul. tp biasa saya akan berusaha melipat gak di waktu mlm kalo saya dah plan nak bjalan2.. agar blk dr bjalan2, hati saya xsakit memandang ke arah bakul itew. huhu..
lps kemas umah n lipat baju pg sabtu tu.. di kala si cayang mama tidur dgn ayah nya.. cecepat la ngemas apa yg patut.. lap dapur.. mop sket dapur agar xberminyak la.. firdaus bgn trus minta susu. bila la agaknya ank mama ni xnak botol lg..lps tu msk 'ayam gulai' with kelantan style la..ptg sket around jam 6.15pm firdaus dah tom tom (jom jom) heret tgn mama nak gi mana ntah. saya pun bg cadangan ke hubby nak pi taman.. sampai di taman, firdaus agak girang berjalan sampai tinggal kami kat belakang. mcm biasa je tempat nih. tengah naik 'ayam' (jongkang jongkit berbentuk ayam), dia nak turun. tiba2 tersungkur.. huhu..saya menjerit tp xsempat nak sambar. hubby duk dekat pun xsempat nak pegang.. darah mengalir sungguh banyak menyebabkan saya berlari ke kereta mendapatkan mineral water n tissue.. sian tol anak mama.. rupanya mulut berdarah sbb tergigit masa jatuh tu.. dalam hati berdebar dan rasa nak balik terus je..xnak datang lg. hubby said " biasalah anak lelaki kena lasok..jangey manjo sgt la..biar jatuh , lasok sikit".. saya tetap xsetuju dgn ayat itu.. naluri seorang ibu berlainan dgn naluri seorang ayah.. sape setuju?
semalaman nangis pedih minum susu n esok nya xmoh mkn nasi daaa.. huhu..ptg ahad kami pi lagi taman.. tp mama la mengikut kat belakang firdaus utk mengelakkan jatuh lagi..

22 Jul 2009

dusun dokong..

salam semua..
saya mmg suka sgt makan buah-buahan tempatan.
antaranya:
1. rambutan
2. durian
3. manggis
4. dokong
5. mata kucing (buah bidara = org pahang panggil)
6. tembikai
bila tiba musim buah, mmg saya takkan lpskan diri saya dgn menikmati kenikmatan buah yg Allah kasi. memang nikmat. musim ni, saya dah mkn durian byk sgt dan masa menikmati durian ni teringat balik kenangan manis semasa saya peknan kan along. suka sangat makan durian sampai hubby terpaksa marah kalau saya makan lagi. bayangkan sebiji durian boleh dihabiskan. bukan apa hubby tu..dia takut along suka duria lps ni.hehe. tak de..utk jaga kesihatan la kan. hari ni, saya terpaksa menghantar wakil ke hq utk meeting ekkl disebabkan datuk manaf nak lawat tapak ayam tkpm ulu luit. so, dalam jam 9 kami ke tapak bersama-sama dengan tok 4 (penghulu kalau di kelantan) dan staff veterinar la. selepas lawat tapak, tok 4 pun ajak ke dusun dokong nya di kg luit, maran. YA ALLAH, sungguh byk buah dokong yg boleh dipetik jari je.. tak pernah seumur hidup saya memetik dokong di dusun yg seluas ini.. ada rupa-rupanya. disebabkan terlalu byk pokok dokong, saya berjalan ke pokok-pokok sambil memetik sebiji sepokok dan memasukkan ke dalam mulut dan seterusnya ke pokok yg lain pula. (mcm berbelit je ayat saya..) . baru la saya sedar yg org lain memetik hampir penuh plastik besar di tgn masing2 tp saya? tanpa sebarang buah, namun.. dalam mulut tak berhenti mengunyah.. saya lapar ke? tak..dah mkn nasi lemak + milo O td.. kenapa ek? sbb rumah saya di kelantan hanya dikelilingi oleh pokok tembakau sahaja..huhu..nak tanam pokok dokong la..lps ni anak2 blh makan sambil petik dgn jari je...sweet...nak gi lagi la esok..

20 Jul 2009

Rumah oh Rumah!

Sejak minggu lepas, kepala saya ni asyik berfikirkan pasal rumah. rasa nak beli rumah lagi..lagi? huhu..masa pi kuantan hari tu sebenarnya duk tgk la rumah depan rumah abg amin tu kat astana golf..punya la cantik.sebab tu kok saya ni asyik berangan nak memiliki rumah lagi. rumah kat kl mmg org tgh sewa la.. jumpa dia hari tu pun sebuk la duk memujuk suh jual kat dia.. tp xleh la..syg..so, nak tak nak kena beli gak la rumah utk kami kat kuantan ni memandangkan keje di pahang ni akan pencen di kuantan akhirnya. so, masa discuss dgn hubby, mil ada sekali.. dia ckp nape nak beli rumah jejauh? jauh lak cik nak datang.. cik, kalau beli rumah kat kelate, sape nak duduk sbb inn (namaku di belah hubby) akan pencen di kuantan akhirnya. hubby explain la.. kalau keje ni lah melainkan ditukarkan post ke. so, nak tak nak kena beli gak rumah di kuantan. kata hubby lg..owh, ye ke ..balas mil saya. erm..lagi satu, kalau nak beli rumah, jgn beli rumah teres ya.. atur mil ku dgn nada rendah je.. saya dlm hati berkata-kata ..mampu ke nak beli rumah baglow skrg ni? kalau tak beli rumah teres kan.. hubby senyum je sambil bawa keta menuju ke giant kok masa tuh..semua iklan semua rumah teres..macam mana ni ek..hari ni pun saya pk lagi sal rumah..dah byk la syarikat2 perumahan dah saya tel..nak survey ni kena rajin la. baru dapat yg ok..erm...nak yg ok, lokasi menarik, harga cun, besar..boleh cari x agak2?

14 Jul 2009

Melaka VS Pahang

Ni kenangan indah pada 7 hingga 9 Julai 2009 di Mahkota Prade..perlawanan boling antara JPV Pahang menentang JPV Melaka..Kami bukan pi main boling je..siang site visit..mlm boling n acara makan ikan bakar di Pernu, Melaka..
gambar kenangan antara JPV Melaka dan JPV Pahang. (Sebelah saya tu Pengarah JPV Melaka, DR Rohaya)
Cederahati dari DR Razi (JPV Pahang) kepada DR Rohaya (JPV Melaka)

Pemenang beregu (Pahang dan Melaka)

Pemenang beregu - (Pahang)

Single - En Zainal

Single - Wanita (Pahang la)

hadiah berkumpulan (melaka ke pahang?)





Berhujung Minggu di Astana Golf, Indera Mahkota, Kuantan

firdaus tunggu ayah nak pi giant, kuantan..
Alamak, ayah pun pakai baju merah gak?


3 Jul 2009

hadiah..

kwn saje je nak citer kat awok .. ni lah hadiah hubby kwn bg..tp yg paling best ialah hubby kwn ckp hadiah KS yg paling bermakna.. bila kwn dgr je trus kwn ckp "xpayah la..kita br je beli kasut last month..2 pasang lg tu (satu sembonia n satu rorine)..dah byk'.. hubby jawab apa? 'xpe..nak bg KS je..bukan KST atau kasut la..KS tu kasih sayang'..terus kwn tergelak besar (tak pe xde org leh gelak besar - besar..kwn terus tak setuju sbb KS mmg selalu ada. xpayah bg pon xpe..kwn nak gak hadiah.. hasilnya..kwn dpt hadiah hari jadi seperti di atas..kiki..tq cayang bg ni dgn penuh KS..


2 Jul 2009

Pemergian mu sungguh ku terharu..huhu


semalam lepas kejadian kemalangan berlaku di mana leopard cat atau nama tompok telah menelan besi tajam menyebabkan lehernya cedera. pueh laa saya membuang besi di dalam mulutnya menyebabkan saya kena bawa tompok ke klinik saya. minta tolong asri keluarkan dari sangkarnya. memang jenis kucing ni suka menggigit besi kok. lepas tu ok la. balik rumah bagi air nasi utk tenaga. keesokannya macam biasa aktif melompat. kul 10pagi, seperti biasa saya balik untuk bagi susu dengan menggunakan syringe. ok tp duk dalam sangkar tidur jer. saya cakap la dengan dia, nape lah xkuar pg ni kan saya buka sangkar dia kan..so, saya meneruskan tugas harian saya seperti biasa. jam 1.00 tengahari, saya balik dan nak bagi susu lagi.. ya Allah, dah tiada rupanya tompok..mati..tp baru lg sbb kaki nya tak sejuk dan bdn blh luruskan lagi..sedih..tunggu hubby balik. jam 3 petang telefon pej perhilitan buat laporan kematian sbb ni spesies terkawal. kena maklum la kalo ada kematian..sedih sangat..xde rezeki utk jaga dia lagi..huhu..then minta tolong abang jalil tanam di sebelah pokok pisang sebelah rumah saya..sampai ke hari ni, dah 4 ekor kucing jagaan saya ditanam di situ menghadap kiblat... semoga dicucuri rahmat..amen..

1 Jul 2009

RAya Aidilfitri 2009

semalam semasa tengok tv dengan hubby, kami berbincang tentang hari raya tahun ni..
raya kat mana ek thn ni? kb ke bachok? cepat je hubby ckp kb. kadang-kadang saya ni terfikir kenapa kebanyakan pasangan suami isteri akan berebut pada hari raya pertama. ada pembaca kat sini macam tu ke? sila angkat tangan tinggi2. xpe, saya mmg tak nampak kalau saudara saudari mengangkat tangan pun..ehehhe.
raya pertama penuh makna bagi kita semua. tak kira la kita ni anak sulung ke, anak kedua ke atau anak bongsu..semua ada peranan masing-masing sebelum bergelar suami atau isteri seseorang. cuba bayangkan selama 26 tahun saya menyambut hari raya di rumah saya sendiri dan tiba-tiba pada tahun ke 27, saya diminta menyambut hari raya ini di rumah suami saya dan erti kata lain rumah MIL. boleh ke? saya rasa semua tak boleh tapi kena buat boleh sebab perkahwinan ini suatu pengorbanan yang besar. kita kena ingat, sekali kita bergelar isteri, kita tidak boleh lari dari tanggungjawab yang besar itu iaitu mengikut perintah suami. bagi si suami2 pula macam mana? ada kes suami kena ikut isteri balik rumah MIL dia pula? sebenarnya semua itu tidak akan menimbulkan masalah jika ada jalan penyelesaian dengan baik iaitu dengan perbincangan. tidak semestinya kita sebagai isteri ni tidak boleh langsung menziarahi mak kita dan ahli keluarga. cuma kena pandai mengatur hari, masa dan perancangan yang baik dan tersusun tanpa menyentuh hati pihak lain seperti mak kita atau mak mertua kita. so, saya telah mengatur jadual hari raya saya dengan jadual bergilir-gilir seperti jadual di bawah: (mana tahu ada pengantin baru nak tgk jadual raya utk panduan)

puasa terakhir : 12.00 tengahari (jgn la berkira sgt kalau terlebih sikit2 utk menjaga keharmonian rumah tangga kan) akan ke rumah MIL

hari raya 1 : 12.00 tengahari akan ke rumah mak kita plak. so sembahyang raya kat umah MIL

hari raya 2 : 12.00 tengahari akan ke rumah saudara mara belah suami plak. tapi kalau dah dekat, pegi je terus. tak payah ulang alik byk kali..dah la jem kan time raya.

so, setiap masalah ada penyelesaian. cuma yg penting kena ada perbincangan yang baik di mana kalau kita penat nak melawat byk2 umah, minta la excuse dgn suami. jgn simpan di dalam hati menyebabkan akan menjejaskan kesihatan anda. melawat saudara-mara ni tak wajib..jaga kesihatan lagi baik dari memudaratkan. tp jangan buat alasan ni utk melepaskan diri dari berjumpa saudara mara lak sbb time raya la semua nak berkumpul n makan sesama kan..renung-renungkan lah..
so, selamat hari raya...puasa dah hbs ganti ke? baju raya dah beli..jahit belum..tema? tunggu..