21 Ogo 2011

wakil negeri ni susah ke senang?

aish..lps cuti pantang yg agak lama last month, aku diberi kepercayaan utk mewakili negeri pahang bagi pertandingan daerah pengembangan terbaik..terbaik ni merangkumi semua projek di bawah seliaan daerah, pejabat, kerjasama staff dll..
berat tanggungjawab bila:
masa seminggu utk siapkan buku pengembangan ni (kena htr minggu dpn)
pejabat mmg xready sbb masih lagi huru hara - tp tgh siapkan juga
baru sethn sebulan aku mengambil alih pertanian bentong ni - masih ada lg projek usahawan yg aku xfamiliar..mcm mana mahu citer ke pengadil nnti?
namun, disebabkan ini adalah tanggungjawab yg perlu dipikul walau apa jua sekali pun, aku tabahkan hati dengan sokongan staf2 yg byk membantu dari segi kerjasama dan semangat yg berkobar2..
dan tdk lupa jua sokongan dari Dato' Pengarah, ketua seksyen pengembangan yg tidak jemu2 memberi sokongan dan sedikit peruntukan utk menjayakan program ini..
semoga berkat usaha semua yg terlibat, ia akan membuahkan kejayaan bersama dan sekaligus usaha mengeratkan tali silaturrahim antara staf akan terjalin.InsyaAllah...doakan kami tabah dan cekal tanpa sebarang stress utk menghadapinya disamping kerja-kerja hakiki..

10 malam terakhir...

kini dah tiba 10 malam terakhir.
antara terpilih oleh Allah mahupun tidak, aku tetap berharap agar Ramadhan thn ini menjadi milik aku dengan amalan2 yg baik tanpa leka melepaskannya pergi.
bagi seorang muslimat biasa, aku ada waktu2 yg tidak dapat mengerjakan solat yg penuh kerana sbb musabab yg tdk dapat dielakkan. namun, adakah malam lailatul qadar akan muncul pada malam yg aku dah boleh menunaikan solat?
pernah tak dengar tentang berpuasa tetapi tidak bertakwa?
rasa sedih bila bertahun-tahun kita mengamalkan ibadah puasa namun kita belum mencapai matlamat..cthnya, kita masih berpuasa namun, perbuatan tetap melakukan yg tak berapa baik seperti mengumpat, memfitnah, hasad dengki..inilah yg menyebabkan kita belum mencapai matlamat walaupun telah berpuluh thn melakukan ibadah ini.
takwa ialah sikap kita yg berhati-hati dan mencegah/menjauhkn diri dari melanggar hukum
Allah.org yg bertakwa akan mdapat plindungan dariNya dan keberkatan rezekinya..
oleh itu, sama-samalah kita mencari takwa di dalam ibadat kita dan mencari lailatul qadar..
semoga kita dirahmati dan diberkati olehNya di dalam mengerjakan ibadat..
amen..

3 Ogo 2011

baju raya??

thn ni tema apa?
aku nak colour cream/putih/peach
tp hbby nak colour kuning..
kenapa kuning??
baju firdaus baru je beli sepasang iaitu t shirt polo n jeans miki.
yg lain semua belum..
huhu
sempat ke lagi??
tp tudung raya dah beli dlm 4 helai yg de salma nye..
tp...tp lagi kan..dah pakai pi keje..aci lg ke utk raya??
kira aci la..ore kelate xtgk pakai kat offce..ye x?

2 Ogo 2011

apa aku nak buat??

adoi..pg ni mengeluh pjg bila,
1. anakanda firdaus mengamuk xnak pi sek..
dan
2. anakanda ayuni xnak pi kelas kafa ptg ni

apa nak buat?
pengalaman2 ni mmg aku xde nak handle..
kalo xde kesabaran dah lama semua kena 'makan'

penyelesaian;
1. firdaus tetap pi sek - aku bg je kat cikgu dia masa kat sek td
dah sah-sah kalo layan mmg xkeje la aku

dan

2.ayuni mmg xpi kafa - kata penat sgt tp hubby pi juga jumpa ustazah dia tye apa mslh dia yg menyebabkan xnak pi kafa..mmg faktor kwn2 memainkan peranan yg penting sbb kwn rapat dia pun xpi kafa..mmg nak kene...so, tiada lg istilah nak buat keje dgn kawan slps waktu sek, tiada istilah main basikal depan rmh setiap ptg, arahan tbaru dr hubby ke ayuni, xpayah blk raya kat kelate thn ni..apa??adoi..yg ni mmg tersgt la susah aku nak terima ayat yg paling hjg nih..

so, elakkan masalah,bykkan doa, cuba bercakap baik2 ..tp kalo xberkesan??

huh..aku hanya mampu mengeluh di saat ni...huuuhuhu