30 Apr 2009

gambar konvo pak su yus

ni firdaus punya ek..lps ni tok su yus bg balik tau..
ramai-ramai msti ada yg pejam?
alahai geram nya pooh ni..
mama yg comel
bila dapat tangkap along dari 'lari-lari'


KURSUS KE KURUS.

KURSUS:
kena pi kursus hari sabtu ahad?
apalah s.u.k ni
rajin bebenar buat kursus weekend
jumaat dah kena lapor diri
kat duta village resort beserah..
sebelah swiss garden tuh
so, aku gi la dgn pajero jbtn
sabtu ptg, along n ayah datang
check in sebilik dgn aku
best tgk along mandi pantai
sampai ngamuk2 xnak nai
ayah tgk bendera merah..cpt2 la aku tarik
along wpon pd masa tu ramai org lain mandi gak
esk pg2 mandi kolam lak
ni aktiviti anak aku la
sbb aku dlm kelas n fikiran kat luar kelas
huhuhu

KURUS:
bila datang kursus, boleh ke kurus kan badan?
lps mkn kat resort, along ajak mkn ikan bakar lak kat luar
tp makan ikan 3 rasa je
cuma tomyam dia je rasa 'something like air basuh tgn'
kejam sgt ke aku ni menilai mskn org..
btl ko..aku tak tipu..cayir la tomyam dia
nasib ikan 3 rasa ok
so tak de la rasa menyampah sgt kan
erm..lps lunch kat resort, teman along mkn nasi ayam lak..
so, aku dah tak kurus lagi..
blk kursus, kena kurus
so, xmkn mlm
setakat hr ni dah 3 kali kot xmkn mlm
mkn ayam ayamas je
kurus ke mkn ayam?hehe

24 Apr 2009

BUSUK.............

Pernahkah anda rasa tidak selesa dgn persekitaran anda?
jawapan i ialah PERNAH
busuk sgt bila org yg dtg jumpa aku adalah org yg hisap rokok. pening kepala aku...huhu
apa yg dia ckp mmg xmasuk menda pon. aku hanya mengangguk n ckp "saya busy right now, apa2 saya contact balik". bukan bz tp bau busuk..sakit kepala.
moralnya, kalau nak jumpa org, jgn la hisap rokok dulu..jaga lah kebersihan diri..
nasib baik hubby ku tak hisap rokok..alhamdulillah.

22 Apr 2009

tak jadi lah.

jam 8.00 pg - selasa: siap2 kan along dan htr ke umah ngasuh baru. sampai je umah ngasuh, dia dah nak nangis.biasa along akan ckp 'sampaiiiii' kalo dah sampai la.ni muka nyonyot dah keluar. takut pon ada. ya Allah..perasaan seorang mama?punya la susah aku nak gambarkan dlam bentuk tulisan.keluar dari keta, hujan renyai2. ngasuh baru ni amikkan payung n payungkan kami. masuk tu, beg semua xamik la.sessi pujuk memujuk dulu berlaku. along xnak duduk lgsg.dia nak dukung je. takut. then aku minta ngasuh baru amikkan beg, mknn n ricky chair dlm keta. letak dlm rocky chair n nyut nyut dulu. semlm, semalaman aku asyik terjaga. along tak sihat. kul3 bgn. kul 4 bgn. kul 5 bgn. kul 6.30 aku terkejut sbb abe farid ketuk pintu minta htr dia gi sek. alahai..nape xkejut awl..huhu. semlm aku htr ke sek dia jam 6.00pg. sampai sek dah kul 6.30. patah semula blk kul 7.00pg. nak siap bfast lg. penat wooo..pg ni hbby ckp kat abe farid tak yah pi sek sbb dah lmbt. dia ckp xboleh sbb ada amali lanskap. nak tak nak aku htr gak. bawa along sekali. tp htr simpang jengka je. 15minit dari umah. gi dgn kwn dia. sbb kepala aku mmg pening sgt. xcukup tdo. dr jam 8.00 hingga 8.30 sessi memujuk. aku blk je. along nangis kuat sgt. lps tu dlm keta call ngasuh lama ckp nak jumpa kat umah dia. dia pon pelik la nape xsampai2 lg along. erm..sampai je aku cite keadaan n apa yg berlaku. aku cari org lain sbb dia cuti. luahan dari hati ke hati la. dia nangis. aku pon..huhu..emosi tul la aku nih.sedih kan sbb dia dah lama jaga n ckp mmg nak jaga lg. (sayang aaaa dr kecik lg jaga dia). blk offce jam 9.30. dah berlambak keje kat atas meja nih. tye mi la jap apa pendapat dia..
mami: kalu dio nok jago lagi gak, janji molek la dengeey dio. jangeey cuti suko hati la.payoh kito nok kijo..lagipon kesian la ko along sbb tok besso dgn ore lain.bui pelueeey la dulu.tp gak keno oyak molek la ko hok baru tuh.mana tahu kok kok la cuti lagi, buleh htr ko dio lg..
me: ok boss

so, smua telah selesai...harap2 la jgn cuti sesuka hati.kpd ngasuh yg baca, pk la sblm anda cuti.sbb ia akan menjejaskan smua pihak. kalo nak cuti, jgn amik tjwb sbg ngasuh.

20 Apr 2009

kena tukar ke tak nih?

sabtu ptg aku dpt sms dari 'ngasuh' along ckp isnin ni cuti..cuti again!
sblm ni mmg aku ada mslh dgn 'ngasuh' nih bab cuti je.
yg lain smua ok..jaga ok, baik tp slalu cuti n half day.
menyebabkan aku kena EL lah. sbb hbby cnfrm la xleh cuti last minute gitu.
dah namanya cikgu..susah..
kdg2 aku kena cari alternatif lain spt cari 'ngasuh ganti' kalo aku mmg xleh cuti la
cth isteri staff la yg kena.tp kami bayar la bape hari yg dia jaga. bayangkan kalo ada meeting yg mmg penting. kena cuti gak ke aku?
erm..skrg ni 'ngasuh' yg tentukan hari dia cuti. bkn aku. baik sgt ke aku?
sampai tiap2 ptg hbby kena amik along awal semata2 dia nak ke temerloh.
letih la kan gini sdgkan aku n hubby mmg byr gaji penuh wpon seminggu dia cuti.
hal ni mmg dah jd 'bebelan' mami n MIL juga. dia kata menyusahkan dan sape byr gaji sbnrnya suka hati dia je nak cuti bila..
slps byk kali aku menghadapi 'ujian' ini, aku n hbby buat tindakan mencari 'ngasuh' lain la. dah jumpa tp kesian la yg 'ngasuh' lama ni. so, tak jadi tukar..lps tu dia ada sebut la one day tu dia dah penat jaga sbb kena ulang alik amik anak sek n htr anak sek. so, aku terima dgn hati yg terbuka dan ckp kalo dia nak benti kena ckp awal sbb kena cari org lain.
semlm, pk punya pk, aku msg la kat staff suh cari ngasuh. kul 7.30mlm semlm, staff call ckp dah ada..so aku n hbby gi la umah ngasuh tu tgk keadaan rumah n org nya..
rumah ok
umur ngasuh 21 thn
hbby dia 22 thn
anak ada sorang 8 bulan
mak mertua dia pon ngasuh
dah ada 2 org yg dia jaga
selang 2 rumah je dari umah dia
anak dia selalu mak mertua dia jaga
xde keje lg
so, blk pk la n sempat tel mami citer..mami aku lak nak mrh kan 'ngasuh' ni sbb jumaat lps dia suh dtg amik awal. xtahu la,.katanya ada keje.
bebel la lagi mami aku. dia ingat gaji kita ni dia bayar ke nak suh ikut cuti dia...
aku tye pendapat..mami aku tetap suh tukar sbb kalo tak tukar skrg, mmg akan ada mslh gak lps nih..
pagi ni gi htr td, along nangis..
xmoh gi
dah la demam semalam
aku menghadapi 'hati tak tenang' nak start keje
sejam dari sekarang..nak kena pi tgk lg
risau.
igt dulu2 pon slalu la pi tgk
minggu pertama htr mmg hati tak tenang
huhuhuhu
tolong....gua tak blh buat keje la hr ni.......
ya Allla ya Tuhan ku...tolonglah selamatkan anak aku dari segala kesulitan..
Amin.

16 Apr 2009

kerja yg byk

ok, hari ni i nak list down kerja yg mmg berlambak-lambak yg kena siapkan termasuklah meeting yg tersusun di atas meja ni:
1. 16.4.09 jam 11.00 majlis penutup bulan dakwah di batu 55, kg orang asli, maran
yg rasmi penutup ym parlimen maran
16.4.09 jam 3.00pm perasmian pasar tani bandar jengka - aku tak dpt hadir
2. 20.4.09 kena hantar report utk mesyuarat pegawai veterinar daerah semalaysia iaitu:
indeks pencapaian ladang pedaging
indeks pencapaian ladang pedaging fidlot
indeks pencapaian ladang bebiri / kambing
indeks pencapaian ladang puyuh pedaging
gambar pej perkhidmatan vet maran n gps
gambar pusat perkhid vet jengka n gps
success story penternak
success story industri asas tani
3. 21.4.09 senarai kan semua pencalonan skim pinjaman ternakan daerah maran
4.22.4.09 hari jadi adik aku ira
tp kena la gak gi mesy jawatankuasa skim pinjaman ternakan negeri pahang jam 2.30pm
5. 27.4.09 ke taman negara (again) - mesy jawatankuasa pelaksanaan negeri jabatan vet pahang
6. 28.4.09 lawatan projek jerantut
2.30pm mesy jawatankuasa focus group daerah maran - sempat ke blk dari taman negara ke maran? 2 jam gak tuh.
7. 16 mei - 20 mei 09 mesy peg vet daerah semalaysia di kota bharu kelate - yea yea balik kg gua...
ini lah setakat yg ada....

BaDaN N aKu

tahap gula dlm darah = 4.8