25 Feb 2010

proposal again..

Erm...proposal.
Kena buat lg?
Bukan malas nak buat tp kena amik masa yg lama disebabkan 'pengacau2' yg datang bjumpa dgn aku .
'pengacau' ni bukan org lain kalo bukan 'client'.
dtg bercerita n ada yg mengadu masalah. Yg bg masalah pon ada..
Pg td ke jengka 3 Program Juara Rakyat.Setiap jabatan kena buat pameran n kaunter aduan pelanggan.Tgh perasmian oleh Dato YB Parlimen, aku terkejar2 mencari driver 'pok him' utk ke Pej Veterinar Jengka. Ada meeting dgn Dr Dian n Dr Yana..Hj Hisam pon ada skali.Hsl dr meeting, aku kena buat satu lagi proposal utk menukar status tanah. senang ke? susah woo.. kena kaji dulu n korek status tanah yg lama.
Aku rasa br je kelmarin meeting dgn DO n Dato Parlimen memberi arahan 'Lina, u buat proposal ttg jalan n bg kat sy. sy cari duit utk upgrade jalan tu'. Nape tak suruh JKR. Kan senang kan..huhu..yg hari tu serius aku xsentuh lg..hr ni ada keje baru lak. Semalam masa ckp dgn pakteh, ada lg keje yg kena siapkan..ayatnya: 'na siapkan proposal, n email ke pakteh asap ya'.
Br projek kita boleh start awal. huhu..
Aku dibebani dgn proposal yg byk. Kena siapkan cepat semua tuh..br je siapkan ke Dato DO tentang loji pemprosesan ayam maran.
Malam ni boleh buat ke satu? hahaha..
mlm ni ada meeting lg dgn Dato DO. Nampaknya mmg cuti2 begini duk rumah je lah. Xpayah ke mana-mana tau.

24 Feb 2010

22 februari 2010

gambar sebagai hiasan semata-mata...hehehe
lupa nak masukkan tajuk 22 feb 2010 nih..
hehehe..
hari ni birthday cikja (mak sedara aku merangkap kakak aku la jugaks sbb dia duk dgn family aku sejak umur 30hari lg..)kira membesar sesama la..aku ni nama je anak sulung tp ada kakak..best kan..
dengan dia aku byk share 'sesuatu' yg baik mahupun yg sedih..
dr pakai baju sama dr kecil lagi sampailah sekarang..masih lagi berkongsi baju2 yg boleh dipakai..
so, happy birthday cikja.semoga pjg umur dan murah rezeki..amen..
hr ni juga cikja start keje semula selepas 4 tahun dia tak keje. boleh ke sesuaikan diri dgn suasana kerja selepas cuti lama n bgn tdo lambat of course..kiki..semoga jadi pekerja yg baik dan bertanggungjawab ya..

sebenarnya tarikh 22 ni begitu bermakna la di dalam kehidupan aku kerana:

22.2 - birthday cikja

22.4 - birthday ira (adik ke 2)

22.9 - birthday arwah abah

dan byk lg kekawan aku yg date nya 22 yg xmampu aku tulis kat sini. (psst, xmampu ker?)
so, cikja nak hadiah?

bak mai alamat pej baru tuh..hehe..confirm glamour tau dpt hadiah dr aku ni..dah le br keje dah ada hadiah..kiki

23 Feb 2010

susu = dalam botol, air = dalam cawan







sedar xsedar, firdaus dah 2 thn 4 bulan. dah nak dekat 2 thn setengah tuh. tp i gagal 'membuang pampers n botol susu' lagi. bukan xcuba tp dah byk kali namun gagal.
masa nak sampai umur 2 thn mmg dah ok pasal pampers tp bila blk kg asyik 'ter buang' juga di atas lantai, i jd 'ter pakai semula' pampers itu.
berbalik kepada tajuk plak. firdaus akan nak susu iaitu susu yg di dalam botol susu lah. manakala dia akan cakap nak air tp bukan sebarang air..susu juga namun dlm cawan yg diletak straw. so, dlm 2 mggu ni i dgn suami tersyg nak mencuba lagi. berjaya la..siang mmg xminta langsung 'susu' tp minta 'air'..malam bg makan kenyang2 n bg minum 'air' byk2..blh tdo sampai pg tanpa menukar pampers. dgn automatiknya tidurku tdk lg diganggu dgn bgn semata2 buat susu n tukar pampers..namun, bila blk kg dekat2 nak hbs cuti, susu diminta lg lah oleh firdaus..huhu..so semalam n malam kelmarin, kami gagal lagi bila firdaus menangis dekat 5 minit. ayah mmg nak keraskan hati la xnak bg..tp hati seorang ibu terlalu lembut..kesian..'ter bagi' la juga susu di malam hari..huhu..xberjaya lg misi ni? adakah i kena tdo blk sebelah utk mengelakkan terdengarnya tangisan dan mengelakkan 'bgn buat susu'? atau, kena buang itu semua (botol susu) di depan firdaus? ke kena tunggu umur 3thn? huhu...

22 Feb 2010

saya dah pulang..

saya dah kembali ke pejabat selepas 9 hari bercuti..
byk keje kena buat hr ni - meeting -
esok n lusa bengkel kat kuantan..huhu..

12 Feb 2010

Frustrated..

Salam semua,
Hari ini antara hari yang sedih yang aku lalui. Kadang-kadang apabila dugaan Allah datang, hati ku berbicara sendirian 'adakah ini tandanya Allah sayang kpd orang-orang yg diberi ujian?' Harap2 ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa.
Hari ni sepatut aku balik kelantan dengan keadaan yg sangat gembira. Adakah disebabkan perkara-perkara yg sukar aku terima boleh menyebabkan 'mood blk kampung aku terguris'?
Entahlah, semenjak arwah abah meninggalkan kami sekeluarga, pelbagai dugaan yg kami (keluarga aku) harungi..pejam celik dah nak masuk 7 thn abah meninggalkan kami. Tapi hati aku tetap rasa abah masih ada dan masih disisi aku menyokong aku dari belakang utk menjaga maruah seorang ayah serta adik2 yg masih memerlukan aku. Tapi apabila dugaan datang tp belum sempat aku tepis, aku mula terasa kehilangan abah..sebab masa tu aku rasa 'kalah'..rasa diduga dengan berat sekali.Masa ni Tuhan je tahu bahawanya aku dan adik2 masih memerlukan abah disisi. Aku menangis sepenuh hati. Teringat pesanan abah, teringat masa abah marah, teringat kesemua kenangan sewaktu bersama abah. Kadang2 hati aku selalu berkata-kata, kenapa abah pergi? Kenapa kami harus mengharungi hidup ini sendirian? Kenapa dugaan ini datang tanpa aku minta? Kenapa aku yg melaluinya bukan si A, si B? Ya Allah, berdosa ke hambaMu ini apabila berfikir seperti ini? Ampunkanlah dosa ku Ya Allah. mungkin pada masa ini, hatiku terlalu sedih, frust, xsangka semua ini berlaku sekelip mata..mengadu hanya padaMu. Aku redha dengan kehendakMu, dugaan dariMu, dan aku harungi dengan tabah dan dengan ditemani dengan air mata..hanya itu yg aku mampu. betapa sedihnya mengenangkan kisah2 hidupku ini tp aku mesti kuat. Aku masih ada lagi insan2 yg boleh memberikan sokongan yg baik, aku masih ada emak n adik2..ada suami yg memahami dan anak yg comel. aku harus bersyukur.aku dilahirkan sebagai Norazlina Ismail. Aku harus tabah. kalau aku lemah, apa akan terjadi kepada adik2 aku? Apa akan terjadi kpd keluargaku? aku harap hari esok akan bersinar. Burung-burung masih berkicauan seperti hari2 bahagia lain. Aku mengharapkan kekuatan dan ketabahan dari Mu Ya Allah utk meneruskan kehidupan ini. InsyaAllah hari2 yg mendatang akan mematangkan lagi pemikiranku dan kehidupanku lebih lengkap..amen..
huhuhu..aku masih lg sedih..apa perlu aku lakukan? dah sepinggan aku mkn nasi dgn ayam masak merah (my fav tuh)..

10 Feb 2010

kenangan..

induksi umum kat INTAN kemaman
-us-
hubby n tetamu

yani pun datang..

lawatan pengarah JPV Pahang

semalam, Pengarah datang maran. lawat projek yg berdaya maju. so, pagi2 i dpt msg fr him "apa program saya hari ini?" pagi tuh dpt msg dr Dato Pengarah.jam 7 lg. so, i jawab projek ayam kg, kambing Jamnapari, silaj, baja organik, lembu Brahman, Lembu Zebu dan Kambing Boer.byk ke tempat i akan bawa? hehe..pagi tu gi offce mcm biasa la. kul 8 pg Dato' dah sampai offce i. trus menuju ke blk i lah.. discuss apa yg patut then dia nk jumpa semua staff..so ke meeting room jap..Dato' more kpd dscuss n nasihat je..mcm 'ayah-ayah' je..suka la cara dia.lps tu kami terus ke projek ayam kampung Kg Bak-Bak..lepas tu ke Projek Kambing Boer..lama gak lepak dlm ladang getah sambil tgk silaj. Dato' suka projek ni sbb farmers jns berdikari menghasilkan produk utk ternakan dia..lps tu kami trus ke Jengka..di Jengka, kami makan daging kijang goreng, ikan pari, sotong, keli, dan macam2 ada..tp xleh ckp kuat2 bab bab kijang neh nanti perhilitan marah lak ke veterinar..hahaha..lps tu kami benti solat jap..lps solat kami meneruskan perjalanan jalan ladang utk tgk Brahman..sakit bdn gue..Dr Dian kat sebelah pun merungut assek nak termuntah je lalu jalan tuh..kul 6.30 petang kami bertolak balik ke maran..Dato' ke kuantan..rasa smua ok sepanjang perjalanan td..insyaAllah segala yg berlaku dijadikan kenangan untuk Dato, kami serta farmers kat maran. bangga diaorg Dato' sudi melawat projek merek..smoga success selalu ek..salam..

JUARA RAKYAT?

juara rakyat akan diadakan lg pada 25 feb ni..tp di Dun kuala sentul plak..hr tu hbs chenor.so, smua jabatan diwajibkan la ada pameran n kaunter aduan pelanggan. isnin lps ada meeting kat jengka 3 dgn Dato shahaniza. oleh kerana pajero jabatan dah guna utk angkat panel dr ubai, i terpaksa la guna keta sendiri la hari ni. kebetulan ada lembu patah pinggang kat kg baru jara, kuala sentul. lembu zebu myanmar lak tu..huhu..tak tgk kang ada yg main menteri lagi..hehehe..bahaya tol ayat ku ini..masa nak naik keta, tgk staff br nak msk offce, trus ajak dia pi tgk sama keadaan lembu tu.. sampai je ke ladang, lembu tu dah siap disembelih oleh org2 kg..erm..mkn daging lembu la diaorg hari ni..oklah kan dari mati xdapat apa2 kan.sembelih at leash blh mkn juga. zebu myanmar tuh..lepas tu i trus ke jengka 3.hahaha dah jam 3 ptg..meeting jam 2.30ptg. perjalanan ke jengka 3 lak 1/2 jam tuh..confirm i akan masuk dgn lmbtnya..sampai kat sana, smua dah ada..tp i xlmbt lg sbb pengerusi iaitu Dato' pun xde lg..alhamdulillah..tau masa meeting tu apa blaku?Dato minta JPV bg kambing sekor nak buat cabutan bertuah..ok ke gitu?

8 Feb 2010

hasilnya..

bila dah make appnmt with Dr Suhaiza UIA gynea, kami pun pergi la UIA Kuantan. mula2 ajak hubby pegi, pas tu, kena amik vaksin FMD kat HQ.so, driver gi la kuantan juga. ckp dgn hubby kalo dia xikut pun xpe sbb mmg ke hq gak khamis tu.hubby ckp dia ikut je. nanti dia minta permission dgn 'boss' dia. pagi tu hubby amik i kat offce kul 9.15. kami ikut h.way LPT kua exit kuantan.trus ke UIA tanpa sebarang mknn dlm perut. naik level 4, jumpa Pn Haizumi dan cek BP and BW. BW xok sbb dah naik ke 51kg..5kg naik skrg ni.getus hati aku. BP lak ok jer. tp perasaan ttg lain lg takut sebenarnya dari BW yg naik tuh..dah mmg i mkn byk..huhu..
lps tu, masuk ke blk DR . dia ckp mcm kenal je. jumpa kat mana ek? i terus jawab, kat taman IM, n rumah abg amin. dia ckp a ah adik amin rupanya. dia tye la mslh yg i alami..then siap dgn penerangan khas n lukisan khas utk i n hubby dengar..
jawapannya: 1. kemungkinan ovulasi blaku dan boleh menyebabkan sakit masa tu. sesetengah ibu yg plan to pregnancy, kena 'peka' la masa ni.
2. kita scan
3. kita cek jap lg tgk
aduyai, bab ni mmg i xsuka
keputusannya, uterus smua ok, n smua ok..alhamdulillah..discuss punya discuss smuanya ok.
blk tu, singgah mkn kat kuantan jap.makan ala2 ulam gitu..yg bestnya mkn ikan keli (sebelum kahwin mmg i xsuka ikan sungai) magic kan..dah blh makan..
tq hubby teman seharian ni..lps tu kami ke mydin..beli brg2 sket..
habis bab khamis.
on jumaat plak, jam 6 pagi..i buka mata..tetiba terasa syiling rumah berpusing2 (aduh jadi lagi ke mcm ni..last kena masa pregnant ke firdaus) salah mkn ke semlm? kejut hubby ckp pening..dia kata relax dulu..amik masa..
tak boleh juga..sampai jam 9.40 pagi i muntah sampai xde mknn yg kuar lg..hubby msg suh pi klinik. takut salah makan. dgn nekad i gi offce mta tlg staff htr kan ke klinik..
di klinik kat kecemasan tu, cek upt, -ve (mmg lah period xsampai hr lg), muntah lg masa tgh ckp dgn MA. then kena masuk air la sebotol. duk sickbay klinik tu sampai jam 1200 thari..ingatkan semalam dah sihat rupanya hari ni kat klinik lg kan..apa2 pun i redha dengan kehendakNya.mungkin dgn cara ini, i lebih bersedia dgn hari kesakitan nanti..
to hubby: sorry byk2 kalau ada kesilapan..
to mami: sorry jugak kalau ada wak dosa
to semua: sorry kalau terkasar bahasa tersilap kata..

semoga hari2 mendatang kesihatanku akan baik dari semalam..dan ketabahanku untuk melalui kesakitan ini dikuatkan lagi..amen..

3 Feb 2010

aku sakit lagi..

pagi semalam, rasa bdn 'xsedap' je..
t/hari makan seperti biasa.
ptg blk keje, aku sakit lagi..
sakit seperti tahun 2008.
hati ku resah gelisah mengenangkan kesakitan yg tiba tanpa diundang.
huhuhu.
cakap dgn hubby.
hubby suh rest dlm blk dulu.
erm..sakit dari jam 5pm hingga 7pm
esoknya, i msg Dr Noraziana tye bila dia kat klinik HTAA.
She's reply: saya incharge l/room..so, jumpa specialist kat klinik UIA.
dia msg phone no puan haizumi to make appoinment.
then hubby call abg amin citer.
abg amin suh aku call dia spya lebih jelas ttg kesakitan yg dialami.
tel abg amin, abg amin story sket apa yg berkaitan..
then suh jumpa Dr Suhaiza kat klinik UIA on khamis ni..kalau sakit lg sebelum khamis, kena ke kecemasan HTAA terus.
lepas sakit semalam, xsakit lagi..tp still risau apa plak akan berlaku slps ni.
Ya Allah, sihatkan lah tubuh badan ku.. amen..

1 Feb 2010

gerhana matahari 15 jan 2010




masa tu hari jumaat xsalah kan
dapat msg from cikja (mak saudara i) ckp : jgn lupa tgk gerhana matahari jam 3.01 pm. lps tu solat sunat gerhana matahari.
so, tunggu la hubby blk nak tgk neh..
tye hubby, dia dah maklum kat masjid As Syakirin td.masa khutbah jumaat dah ckp rupanya. so, ptg tu i n offcemate pon tgk la melalui cermin gelap offce..
subhanallah..ni la first time i tgk..


KHASIAT TABIAT MINUM AIRMENGANTUKNYA!

Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak," rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua.
Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang.
Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat.
Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita.
Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi.
Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?
Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku.
Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan.
Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang.
Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air.
Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair. Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

so, kena lah selalu minum air walaupun air tu tawar..hehehe..