4 Ogo 2012

Day 27..

salam
dah lama juga xmenaip di 'page' ini..
bz?
xde lah bz mana..
maybe sbb fb lbh memerlukan dari blog..
tp yg membezakan fb dgn blog, ialah blog boleh tulis segala-galanya
fb??
boleh tulis tp ada had2 nya
sbb kdg2 aku xsuka org komen di fb menda2 yg xmasuk akal..menda yg menunjuk2, mengutuk sape2, dan yg paling xsuka bila meluahkan marah di fb..xbaik kan
blog, xbyk yg boleh diluahkan tp boleh di 'share' kan.
sbb dah lama xmenaip, byk sebenarnya telah berlaku di dalam kehidupan seharian.
disebabkan byk sgt berlaku, xsempat nak update..hehe
berbalik kpd tajuknya
day 27
hari ni hari ke 27 umur 'Aisyah Fariha lahir.
dah rasa nak kuar pegi beli baju raya pun ada
dah rasa nak makan di kedai tom yam pun ada
dah rasa nak balik kg pun ada juga
macam2 dah ada
ada RASA
selepas 27 hari bergelar suri rumah tangga, ibu kepada 2 + 1 anak.. (1 tu adik yuni la) kira anak juga sbb duk skali kan..., isteri yg memasak dan mengemas (bukan merungut nnti xdapat pahala).
yg pastinya anak sulung yg 5thn tu asyik nak perhatian yg lebih selepas bergelar ABG.
sebelum ni boleh
- mandi sendiri
- makan sendiri
- minum sendiri
- pakai baju sendiri
dan segala yg mudah dilakukan sendiri, namun selepas menerima kehadiran adiknya, jadi semua xboleh dan nak nagis je..ni antara yg boleh memenatkan mama yg masih lagi berpantang..huhu
selain daripada tu, kat sini juga nak amik kesempatan nak minta maaf kpd kwn2, adik2, kenalan2 yg menyatakan 'xtahu pun peknan tiba2 bersalin'
bukan xnak ckp peknan...tp keadaan tidak mengizinkan..ni kalo ikut dah peknan ke 5..dan alhamdulillah ada rezeki kali ni walaupun byk dugaan yg terpaksa dialami sebelum ini..dugaan n cabaran ini terbalas juga apabila masa bersalin dipermudahkan, masa menjaga dipermudahkan. alhamdulillah
utk peknan kali ni mmg Dr pun bg surat kuasa xboleh travel jauh2..bayangkan setahun xberjalan mana2..malah pi shopping complex pon, tunggu dlm keta je..
itulah pengorbanan kan..
kerja ladang?
ada juga pegi..tp driver mmg kena bw slow2 la..meeting?? ada lah 2kali ke kuantan...1 kali ke cameron..tu pun slps 7bulan peknan..sblm tu , mmg keje kat pejabat je..tangga pun xnaik..so, terperaplah di bilik sumber yg dijadikan pejabat sementara ku ..sedih sbb xde air cond..kiki
apa-apa pun kena bersyukur sbb ada hikmah yg bsr disebalik kejadian itu..
semoga hari2 mendatang, Allah mempermudahkan lagi perjalanan ku di dalam mengharungi hari2 berikut dgn berjaga malam, menyusu anak sampai 2 thn, membuat stok susu dan seorang ibu yg amat sibuk selepas 3bulan. InsyaAllah akan masuk keje pada 7 oktober 2012..byk tuh keje akhir thn..
wassalam..