28 Mei 2009

cincin part II

cincin part II: cincin dalam kenangan..huhu





















CINCIN PART 1

cincin part I:
al kesah la pasal cincin aku yg penuh bermakna dlm hidup
b4 ni aku mengenali erti cincin adalah yg letak di jari
yg plg sweet ialah cincin di jari manis
dulu2 punya cerita sape yg pakai cincin, confirm la dah ada org punya
ye ke?
aku pakai cincin since umur 5thn
biasa la cincin yg boleh adjust besar kecil tu
skrg firdaus pun ada cincin tu
lama2 my mom bg cincin biasa2 masa meningkat dewasa
then cincin buluh rotan ek nama dia
pakai di sekolah
kadang2 buang kalau ada spotcheck dgn cikgu disiplin
haha
xleh pakai barang kemas katakan dulu2
lps jd prefect kat sek bachok, aku selamba je pakai cincin
sbb aku yg meng'check' org lain
so tangan aku selamat la
jahat kan
erm..masuk 'u' zaman remaja lg la
beli la cincin silver
ala yg sama tp kalo tgk btl2 xsama tu (ehem ehem)
bahaya ulas cite lama lebih lanjut
kiki
erm..sampai la sekarang mmg aku mmg pakai lg cincin yg mana ada
sampai lah aku dilamar oleh seorang jejaka
kuikui
so cincin kahwin nya 'aku yg pilih'
dah yg plg sedih bab ni..adalah semalam
ia berlaku seperti berikut:
sape si pemakai: aku lah sape lg kalau dah cincin aku kan
sape yg ada ketika di tempat kejadian : hubby of course - sbb masa tu lunch hour
tempat kejadian : atas tikar swk di dalam rumah aku - maran, pahang
jam : 1345 pm (bergegas2 nak pi keje la plak)
kenapa blh terjadi : aku potong pelam dan air pelam meleleh kat tangan, so buang cincin letak atas tikar berkenaan n sambung kupas pelam dengan syok nya
jam 1400pm, cari balik tp dah tak de lah
blk keje, cari lagi
semalam cari lagi
hubby pun cari
sampai jam 2300pm cari
pagi ni sapu smua ruang tamu
xjumpa
ya Allah berikan lah petunjuk kpd hambaMu..Ameen

22 Mei 2009

firdaus oh along.

mama rindu masa along meniarap la sebab sekarang ni jalan laju sangat.asyik jatuh je.
semalam lps abis meeting kat kg awah, terus amik firdaus kat umah 'ngasuh' dia. then lepak la sesama jap. citer perkembangan anakku ni dgn mama ke2 dia. byk yg diseritakan. antaranya:

1. dah pandai ikut arahan la - amik n letak brg kalau disuruh

2. gosok gigi tp nangis lg

3. berjalan tanpa dukung kalau keluar gi tunas manja dgn mama ke2 nya

4. duduk atas sofa dgn abg danial (anak bongsu 'ngasuh' umur 5thn) sambil tgk tv dan ckp2 sal cerita yg ditonton. 'tgk sekali mcm dah besar anakku ni'

5. makan n baca doa dulu la (mulut je gerak, yg kuat ckp ..amennnnn)

6. yg best sekali time aku borak2 tuh, dia selamba je main badminton abg danial punya tanpa mempedulikan aku..huhu..bg peluang mama borak ek?

20 Mei 2009

mesyuarat pegawai pegawai perkhidmatan veterinar daerah semalaysia

mesyuarat ni mmg diadakan setahun sekali di mana semua pegawai2 ini dikumpulkan ke sebuah tempat dan diadakan mesyuarat disamping perbentangan projek yg berjaya setiap negeri. seperti thn lepas la.ia telah diadakan di melaka bandaraya bersejarah.everly resort kat tanjung kling.oklah hotel ni.thn ni diadakan di renaissance hotel kota bharu, kelantan.start pada 16-19mei 2009.antara kejadian yg dikira best ialah:
1. ahmad fahmi n ahmad firdaus berjaya mengikuti aku ke sana
2. aku kena present wakil pahang (best ke?pecah rahsia sikit..aku dapat mandat utk present pada 14 mei 2009-2 hari before pegi-)
3. dekat dgn umah MIL n umah aku (bleh blk sokmo) siap lepak lg umah MIL
4. mi n MIL lepak kat hotel together gether
5. firdaus swimming sampai selsema - ada cara berenang yg baru dibelajar
6. firdaus suka hati jejalan dlm hotel n masuk keluar lif tanpa segan silu (siap lambai ke sorang aweks ni lg)
7. jumpa classmate upm la
8. tidur kat hotel 5 bintang .. hahaha.. tanpa was2 lagi dengan firdaus ku sayang
oleh sebab itu, meeting kali ini penuh bermakna dari thn lepas sebb thn lepas firdaus tak ikut dan kain baju kurung hangus di makan 'iron' sbb tengah gayut dgn ayah masa tuh..

selamat hari guru

bulan mei, begitu byk hari2 yg sweet
antaranya hari guru..
selamat hari guru abah
selamat hari guru hubby
selamat hari guru kpd smua guru2 ku dulu2 n kwn2 yg telah bergelar guru
thn2 lps ada la hadiah hari guru uth hubby tercinta
hadiah ala kadar..thn ni?
ada tp lambat sikit la sbb on that day, we all sebuk ke kelantan.
so, maybe esok la i bg ek..
nway..selamat hari guru.semoga ilmu yg telah dicurahkan akan dimanfaat kan pada masa akan datang.