30 Jun 2009

kota kinabalu on ayah birthday..

on ayah birthday, kami sekeluarga ke kota kinabalu. kk ni bandaraya kan. so, ok la kalau nak berjalan-jalan. banyak tempat menarik tapi kami xsempat nak melawat byk tempat la. ni sebagai tanda kasih sayang kami kepada hubby terchenta..ahaks..oh lupa, ayah birthday on 27.6.2009 sabtu tu..so, jumaat lagi i dah amik cuti. kami ke kk jumaat petang dan sampai kat hotel dah jam 9 mlm. lepas check in, lapar sgt. so gi jalan-jalan cari makan la dgn kereta yg telah disewa khas. mkn apa? mkn MC D je sbb kami xtahu kat mana tempat makan yg best lagi..
ni firdaus 'membulun' bantal n cadar..sokmo gini kalau jumpa bantal.
kat lcct - tengah mkn ais krim mc D. jap lg mkn asam laksa lak.
ayah tetap ensem di mata firdaus..sama x muka?
ni otw ke gunung kinabalu.. singgah jap tgk cuaca ok ke x.
mercu tanda kk gak ni. ayah camelia punya ek?
jambatan tamparuli pun otw to gunung kinabalu
mama plak bergambar..firdaus tidur dlm keta. i memang suka la aktiviti ni..


ni dah sampai kat kaki gunung kinabalu. benti beli madu lebah hutan jap kat ayah.
sambil tu shopping beg n baju firdaus jap.
inilah gunung kinabalu.. kalau firdaus xdatang, rasa sampai ke puncak gunung tu..hehe




us..
ni kat iborneo..

masjid likat ek..lupa nama.rasa dah btl.
tepi pantai di sbelah bandar kk
pemandangan yg mengusik kalbu-subhanallah
ni baru jam 6 ptg tau..



firdaus tgk mama n mama tgk firdaus
along ckp 'tunggu saya'


along n ayah.


ni pasar filipina menyebabkan i pening nak pilih yg mana 1..


mana satu yg nak nih?

ikan 3 rasa. best wooo...makan kat tepi pantai nan indah.

ni dah nak blk setelah penat berjalan..sakit kaki kami.

baru bgn tidur bah...

kami pulang dgn selamat..

kami happy sbb smua ditanggung oleh ayah..hehe..thanx ayah sbb bawa kami berjalan-jalan.
ikhlas dari: mama n firdaus.

23 Jun 2009

ketibaanmu disambut baik olehku.

salam..
semalam saya menyemak semula nota saya di dalam buku catatan saya. terdetik lagi kata-kata D.O yang isu-isu yg tak boleh diselesaikan di dalam mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah maran (JKTD) jumaat lepas. kes anjing liar di kawasan bandar ******. erm, b4 ni D.O lama Dato Mariam dah keluar berkenaan isu ini dan saya dapat selesaikan dengan baik iaitu dengan kerjasama majlis daerah disebabkan 'our department' dah 'diharamkan' menembak anjing. ya lah department ni merawat bukan menghapuskan. hehehe. dalam mesyuarat lepas, adalah jabatan lain kena 'sound' sebab meng'pass' kan kerja dia kepada jabatan lain (tak perlu la saya sebutkan di sini kerana ingin menjaga hati semua). tiba-tiba bila isu anjing liar keluar lagi dalam hal-hal lain yang telah dibangkitkan oleh penghulu kawasan, saya menjawab dengan penuh dengan hati-hati kerana D.O baru ni agak 'lain' sikit dari D.O sebelum ni.(D.O baru lapor diri seminggu je).
Penghulu: terima kasih tuan pengerusi, saya hanya ada satu perkara iaitu kes anjing liar di kawasan saya. minta tolong ya.
D.O : ok veterinar, minta respons ya.
me: terima kasih tuan pengerusi, saya akan melihat keadaan setempat. untuk pengetahuan tuan pengerusi, kita telah pun berkerjasama untuk membasmi anjing liar yang bahaya dan menggigit dengan penguatkuasa PBT (pihak berkuasa tempatan) dan jika ada anjing yang mempunyai penyakit Rabbies, vet akan 'put to sleep' la. bagi anjing-anjing yang tidak bahaya dan berkelairan yang menyebabkan orang awam terganggu, kita dan PBT akan menangkap anjing tersebut. (alahai sebelum ni tak kena response terus..kira masuk dlm minit dulu dan bg maklum balas bulan depan)
D.O: ok macam mana dengan PBT
PBT : sebenarnya tuan pengerusi, ini kerja vet dan telah diserahkan kepada kita.
me : bukan serah kerja tapi bekerjasama utk membasmi sbb kita tak boleh menembak
D.O : ok vet, awak selesaikan masalah ini ya.
me : ok. (dalam hati ya Alllah, aku dah present kat 2 D.O sebelum ni pasal arahan tak boleh menembak. S/U dia sepatut dah tahu la. nape buat-buat tak tahu maaa....huhuhu)
so, pagi ni saya kena selesaikan juga permasalahan ni. saya ambil telefon dan menelefon kpd boss saya kat kuantan (Dato' Dr Azahar Idris). Kata Dato' mmg bukan kerja kita sekarang. berkuatkuasa mei 08 lagi. daerah lain semua PBT yg buat. dah present peringkat SDO pun (negeri). sepatut dah faham..so? u jumpa D.O dan explain balik. alahai,,,saya kena jumpa D.O ke?
so, lepas letak telefon, saya minta PA tel ke pejabat D.O dan buat temujanji la ptg tu terus. D.O on dan saya siapkan smua dokumen yang berkaitan. jam 1, saya balik umah. rehat jap. pg tadi bgn awal sbb baju tak iron lagi. iron sekali seminggu..baru nak lelap, hubby balik dan cakap Prof Dr Abdul Halim Mat Diah nak datang. siapa gerangan dia? nak lunch kat rumah saya..alahai..jam dah kul 1.45.. janji dgn D.O jam 2.30..sempat ke saya nak masak?huhu..saya buat apa yg patut dan alhamdulillah siap sebelum jam 2.30. jumpa D.O dan explain pasal tu dan alhamdulillah semua ok..jawapan D.O : saya dah tahu PBT yg buat. tp bila S/U ckp mcm tu, saya ingat maran vet yg buat..ni 1st meeting saya. saya xtahu byk lagi tetang maran. sebelum ni kat bentong, mmg PBT buat. saya senyum dan dalam hati (alhamdulillah, senang keje saya.) balik offce, buat keje jap, hubby datang ckp ayah nak jumpa. heheh..abdul halim tu FIL saya..dia dtg dgn RA utk research sejarah sek agama di negeri pahang, tganu, kelantan, johor, kedah, selangor. erm..dia ngajar di UM bangsar di fakulti pengajian islam. ruapanya ajak makan sesama..saya blk semula offce dan sambung keje..(nasib baik offce dekat dengan rumah kan). petang kami keluar sama-sama dan sebelum tu kami makan durian byk2s. saya pun makan byks.hehe. mlm kami makan kat luar la sbb saya dah penat nak masak..hehe.makan kuey tiaw ladna, sate rusa, sate kambing, sate lembu..ok gak..dah ayah bermalam di rumah saya..susah wooo..buat air tea pekat ayah..hehe..nasib lulus..pagi ni ayah menyambung lg perjalanan ke kuantan utk research beliau di jabatan agama islam negeri pahang..terima kasih sebab sudi singgah umah kami..ke sempena hari bapa gak ni?kiki.

22 Jun 2009

jadual kemas baju

erm..minggu ni we all nak berjalan agi
ke mana?
heheh
rahsia lg
lps blk br tulis ek
so, sblm bjalan, saya akan mengemas baju mengikut jadual yg telah ditetapkan
heheheh
jadual apa?
jadual baju la
jadual baju utk firdaus , saya n ayah nya
biasanya mengikut tempat yg dilawati, aktiviti apa n yg penting colour kami mesti sama atau sikit2 sama la...comel kan..

marah ke tegur..

sayang mama sikit ..
hari ni saya nak bawakan satu topik yg agak ok lah utk dikongsi.

pernahkah anda rasa diri anda dimarah?

pernahkah anda rasa diri anda ditegur?

mana satu yg anda nak?

kalau saya, mmg saya tak kan pilih kedua-duanya sekali

nak tahu kenapa?

heheheh

saya mmg xsuka dimarah n ditegur

boleh ke macam tuh?

sebab saya ni boleh tahan garang nya. garang ketika org marah saya je. kalau org tak marah, xjadi la garang nya.

kalau kena dgn mood ok, ok lah

xde la setiap hari marah je

sebab tu kalau saya dimarah n pada masa yang sama saya rasa diri saya betul, saya akan diam dan diam.

sebab kalau saya marah saya akan melakukan perkara ini:

nangis....

huhu

manja ke?

silap tuh.

bukan manja tapi melepaskan apa yg ada di dalam hati saya

kadang kala saya rasa xadil kpd org yg marahkan saya

kenapa xadil?

sbb saya susah nak melahirkan kata-kata marah kepada org lain melainkan hati dah terbakar.

lepas saya nangis saya akan membebel di dalam hati

bukan bebel sebab nak marahkan sesiapa tapi nak meluahkan apa yang saya rasa betul

inilah saya..

bg saya, eloklah kalau perkataan marah itu ditukarkan kepada cakap tapi cakap erti kata bercakap / berbual sambil makan-makan (ketika mood ok lah) jgn slps kesalahan yg dilakukan n si yg nak marah ajak makan nasi n bercakap

hahahha

kelakar..

nway..saya susah nak marah orang dan saya juga mengharapkan orang tidak akan mengeluarkan perkataan marah kpd saya..tq

17 Jun 2009

firdaus anak ayah ker?

Pernah tak anda rasa jeles dgn hubby atau pun anak anda?
mesti pernah kan..jeles dengan hubby bila anak lebih rapat dengan hubby dari anda.
manakala jeles dengan anak bila dia asyik duk sebelah ayah nya je (hubby kita la ayah nya)
kadang-kadang, perasaan itu tak boleh tidak la sebab ia menyebabkan kehidupan seharian anda kan. ada satu kes tu, we all balik kg kan. depan mamiku, nenekku n moyangku firdaus mengamuk dalam kereta otw fr tanah merah. dia tiba-tiba tak nak dengan mamanya. apakah perasaan anda? nak ayah? time ni la nak tunjuk kat kaum kerabat ku yg dia 'close' dgn ayah nya. padahal pada masa itu, mama nya xcubit pun..cubit anak ke? cubit tetap cubit bila ada sesuatu yg menyebabkan dia tidak mengikut arahan ku..hehe..dengan selambanya, nenekku kata, mama jarang jaga anak la tu menyebabkan anak nak ayah nya. xjaga?huishh, i yg mengandungkan selama 9 bulan, menyusukan sampai 9 bulan lebih, menukar dryper tau, memandikan, menyuapkan makanan, xtidur malam tika anak i demam..xjaga ? rungutku di dalam hati je. hubby senyum dan memberhentikan kereta di bahu jalan. nak tak nak, terpaksala tukar drive..i la yg drive. ayat nenekku lagi nak tau? biasa anak nangis, cari mak. ni cari ayah..aduhai, pedih syungguh itu ayat maa..tp apakan daya sebab i pun xdapat nak pastikan kenapa firdaus bersikap sedemikian. tp yg mmg we all tahu bila i marah, dia akan minta ayah nya pujuk la n kalau ayah marah, dia akan buat menda yg sama kat mama nya.. tp nenekku tiada time kejadian itu..rasa nak ku bawa kejadian2 lalu ke dalam kereta ku time tu..huhu..lps tukar je, hubby amik n peluk. terus tidur yooo. bagi i, asalkan xmengamuk dah satu kesyukuran lah. dengan siapa dia nak tidur i xkesah. tp kesah bila mata-mata lain memandang. kalau setakat mata xpe, hati lak berkata-kata di dalam nya. kalau xdiluahkan xpe..ini diluahkan tanpa segan silu sbb i adalah cucu nya..kiki..tp pendapat i lah, ibu di zaman moden, tambah lagi berkerjaya, mmg xdinafikan la xmacam zaman dulu kala kan. rapat dengan mak je. zaman sekarang dia rapat dengan 'babysitter' lagi..hubby pun byk tolong jaga anak sekali.time demam pun sesama jaga. kalau mandikan pun sesama. kira sama la penjagaannya dengan i. cuma xmengandungkan n xmenyusukan je..buat susu ya..so, xdapat lah dinafikan kenapa anak pun jadi rapat dengan ayah nya. lagi pulak, ayah keje separuh hari dan selalu melayan kerenah. selain daripada itu, i selalu berkursus menyebabkan firdaus kena tidur dengan hubby je. btw, i tetap bersyukur mempunyai hubby yang sentiasa di sisi menemani kami berdua walaupun di dalam hati ada juga perasaan 'jeles' ini di kala firdaus rapat dengan ayahnya dari mamanya.. di sini i letak lah setengah picture yg menunjukkan anak pun blh dijaga oleh seorang yg bergelar ayah..macam special edition utk father's day jer..ahaks xbaik sambut kan..hari-hari 'hari ayah' sbb ayah kena tolong jaga anak mama too..tq sayang..

ni masa kat taman negara. ayah lg sesuai pegang sebab takut firdaus jatuh
ni pun ayah kena dukung sbb mama xlarat..
ayah lagi?



firdaus mengadu kat ayah 'panas lah ayah, lama lagi ek?


asyik dengan ayah jer.