23 Jun 2009

ketibaanmu disambut baik olehku.

salam..
semalam saya menyemak semula nota saya di dalam buku catatan saya. terdetik lagi kata-kata D.O yang isu-isu yg tak boleh diselesaikan di dalam mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah maran (JKTD) jumaat lepas. kes anjing liar di kawasan bandar ******. erm, b4 ni D.O lama Dato Mariam dah keluar berkenaan isu ini dan saya dapat selesaikan dengan baik iaitu dengan kerjasama majlis daerah disebabkan 'our department' dah 'diharamkan' menembak anjing. ya lah department ni merawat bukan menghapuskan. hehehe. dalam mesyuarat lepas, adalah jabatan lain kena 'sound' sebab meng'pass' kan kerja dia kepada jabatan lain (tak perlu la saya sebutkan di sini kerana ingin menjaga hati semua). tiba-tiba bila isu anjing liar keluar lagi dalam hal-hal lain yang telah dibangkitkan oleh penghulu kawasan, saya menjawab dengan penuh dengan hati-hati kerana D.O baru ni agak 'lain' sikit dari D.O sebelum ni.(D.O baru lapor diri seminggu je).
Penghulu: terima kasih tuan pengerusi, saya hanya ada satu perkara iaitu kes anjing liar di kawasan saya. minta tolong ya.
D.O : ok veterinar, minta respons ya.
me: terima kasih tuan pengerusi, saya akan melihat keadaan setempat. untuk pengetahuan tuan pengerusi, kita telah pun berkerjasama untuk membasmi anjing liar yang bahaya dan menggigit dengan penguatkuasa PBT (pihak berkuasa tempatan) dan jika ada anjing yang mempunyai penyakit Rabbies, vet akan 'put to sleep' la. bagi anjing-anjing yang tidak bahaya dan berkelairan yang menyebabkan orang awam terganggu, kita dan PBT akan menangkap anjing tersebut. (alahai sebelum ni tak kena response terus..kira masuk dlm minit dulu dan bg maklum balas bulan depan)
D.O: ok macam mana dengan PBT
PBT : sebenarnya tuan pengerusi, ini kerja vet dan telah diserahkan kepada kita.
me : bukan serah kerja tapi bekerjasama utk membasmi sbb kita tak boleh menembak
D.O : ok vet, awak selesaikan masalah ini ya.
me : ok. (dalam hati ya Alllah, aku dah present kat 2 D.O sebelum ni pasal arahan tak boleh menembak. S/U dia sepatut dah tahu la. nape buat-buat tak tahu maaa....huhuhu)
so, pagi ni saya kena selesaikan juga permasalahan ni. saya ambil telefon dan menelefon kpd boss saya kat kuantan (Dato' Dr Azahar Idris). Kata Dato' mmg bukan kerja kita sekarang. berkuatkuasa mei 08 lagi. daerah lain semua PBT yg buat. dah present peringkat SDO pun (negeri). sepatut dah faham..so? u jumpa D.O dan explain balik. alahai,,,saya kena jumpa D.O ke?
so, lepas letak telefon, saya minta PA tel ke pejabat D.O dan buat temujanji la ptg tu terus. D.O on dan saya siapkan smua dokumen yang berkaitan. jam 1, saya balik umah. rehat jap. pg tadi bgn awal sbb baju tak iron lagi. iron sekali seminggu..baru nak lelap, hubby balik dan cakap Prof Dr Abdul Halim Mat Diah nak datang. siapa gerangan dia? nak lunch kat rumah saya..alahai..jam dah kul 1.45.. janji dgn D.O jam 2.30..sempat ke saya nak masak?huhu..saya buat apa yg patut dan alhamdulillah siap sebelum jam 2.30. jumpa D.O dan explain pasal tu dan alhamdulillah semua ok..jawapan D.O : saya dah tahu PBT yg buat. tp bila S/U ckp mcm tu, saya ingat maran vet yg buat..ni 1st meeting saya. saya xtahu byk lagi tetang maran. sebelum ni kat bentong, mmg PBT buat. saya senyum dan dalam hati (alhamdulillah, senang keje saya.) balik offce, buat keje jap, hubby datang ckp ayah nak jumpa. heheh..abdul halim tu FIL saya..dia dtg dgn RA utk research sejarah sek agama di negeri pahang, tganu, kelantan, johor, kedah, selangor. erm..dia ngajar di UM bangsar di fakulti pengajian islam. ruapanya ajak makan sesama..saya blk semula offce dan sambung keje..(nasib baik offce dekat dengan rumah kan). petang kami keluar sama-sama dan sebelum tu kami makan durian byk2s. saya pun makan byks.hehe. mlm kami makan kat luar la sbb saya dah penat nak masak..hehe.makan kuey tiaw ladna, sate rusa, sate kambing, sate lembu..ok gak..dah ayah bermalam di rumah saya..susah wooo..buat air tea pekat ayah..hehe..nasib lulus..pagi ni ayah menyambung lg perjalanan ke kuantan utk research beliau di jabatan agama islam negeri pahang..terima kasih sebab sudi singgah umah kami..ke sempena hari bapa gak ni?kiki.

Tiada ulasan: