28 Apr 2011

antara sedutan dari sinar harian...

BENTONG – Usahawan yang mendapat pinjaman kewangan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) perlu mempunyai jaringan perhubungan yang baik antara satu sama lain supaya dapat mengembangkan perniagaan mereka.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Mohd Zaini Salleh berkata, walaupun berniaga secara kecil-kecilan, namun mereka tidak boleh memencilkan diri dan tidak bergaul dengan usahawan lain.

Menurutnya, sekiranya usahawan dikumpulkan dan diberi peluang bersemuka, ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada mereka berkongsi idea untuk mengembangkan perniagaan seterusnya membentuk jaringan perniagaan yang lebih luas.

“Usahawan Tekun mempunyai keistimewaan sendiri kerana ia terdiri daripada masyarakat yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan menggunakan modal rendah hingga bermodalkan kos ribuan ringgit.

“Oleh itu, usahawan tidak perlu malu untuk bergaul dan bertanya khabar antara satu sama lain kerana ia mampu membantu mereka berjaya dalam perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Pembiayaan Tekun Parlimen Bentong bertempat di Dewan UMNO Bahagian Bentong dekat sini.

Turut hadir, Pengurus Tekun Negeri, Hassan Anuar; Pegawai Pertanian Daerah Bentong, Norazlina Ismail dan Pengurus Tekun Parlimen Bentong, Norjani Hamzah.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zaini berkata, seramai 1,146 usahawan Parlimen Bentong menerima pinjaman bernilai RM8.964 juta daripada Tekun sejak ia mula diwujudkan pada 2000.

Menurutnya, jumlah kelulusan pinjaman untuk tahun ini ialah RM904,000 membabitkan seramai 108 peserta.

“Saya gembira kerana Tekun Parlimen Bentong merupakan antara tiga parlimen yang mencapai peratus bayaran balik pinjaman tertinggi di negeri ini selepas Raub dan Bera.

hasil dari warna warni durian...

keesokan hari selepas makan durian di janda baik ialah:
jam 6.30pagi, dapat mesej dari Pen Peg Pertanian ,,, sy MC dah masuk 6kali masuk tandas semalam.
aku ingatkan aku je kena sbb lps makan durian tu aku mkn pelbagai jenis lauk pedas yg amat pedas (mak yg msk tu asalnya jawa indonesia). aku mmg xtahan pedas.
pegi office, tye semua yg terlibat dgn program janda baik tuh.semua xsakit perut?
aish..aku n Pen Peg Pertanian je kena??
makan apa lah plak yg xsama??
selain durian, aku pk blk menda lagi aku makan yg boleh menyebabkan aku sakit perut?
nasi, ayam masak pedas, ikan goreng, kerabu pegaga, nanas (aku mmg xmakan), ulam raja..sambal belacan..air masak je..
apa ek?
pg tuh dah sah2 Pen Peg Pertanian MC..
aku?nak MC? xboleh2 sbb pagi kena pegi TKPM Lebu ada perjumpaan peserta TKPM pas tu terus ke Kuantan mesy jam 3pm...khamis mesy MOA INC Negeri plak..
dalam perjalanan ke kuantan baru aku teringat yg aku makan durian dan org lain xmakan..
huhuhu..
adakah durian xleh bercampur dgn makanan yg lain2?
atau aku makan byk?
atau tuan durian xkasi kami makan?? huhu..sape nak jawab??

26 Apr 2011

warna warni musim durian

tajuk mesti kena best. sebest la durian yg aku makan hari ni. seriously best bila...aku pi janda baik utk tujuan kursus dan lawatan ladang sayur organik yg terbentang seluas mata memandang. yg best bila dapat makan durian ketika kami sampai ke ladang berkenaan. walaupun kami naik 4w namun jalan kaki tetap wajib bila melawat ladang. kena turun bukit serta naik bukit. masa ni juga ia akan menguji ketahanan fizikal serta mental aku.

sekali gus aku memantapkan lagi stamina aku..

stamina?

sape2 yg nak menguji ketahanan ni, kenalah masuk keje dgn jabatan pertanian atau jabatan veterinar (jabatan lama ku) hehehe..yg penting kena minat lah...

sampai ke saat ni kaki aku masih lagi lenguh./))

eh dah terlari topik lagi...sejak keje di bentong, aku pernah makan durian yg paling mahal iaitu blh mencecah ke harga RM28.00/kg.

rasanya?

en suami kata kalo masuk mulut tu rasa dia mcm 'secret recipe'

ye ke??

hehehe...

apa2 pun musim durian tidak lengkap bila...

kita tak rasa serak tekak akibat makan durian..

kepada petani serta pengusaha yg menyokong jabatan pertanian bg tujuan export durian to china n korea, datanglah ke pejabat bg urusan export ini. kami dah berjaya membimbing petani utk menigkatkan lagi kualiti durian utk sampai ke tahap export..alhamdulillah..sebelum menempuhi ujian2 ke tahap itu, kami akan me'ngetest' durian ini dahulu...

selebihnya, saya suka warna warni musim durian ini..

25 Apr 2011

Audit for ISO 9001:2008

setelah berhempas pulas menyiapkan kerja2 ISO ni (Pembantu Pertanian Kawasan) la yg penat sikit..hehe..akhirnya sampai la masa untuk di audit. pagi seperti biasa aku memulakan majlis dgn surat Al Fatihah. mula ucapan alu-aluan, trus aku jemput minum..menu sprt biasa, mee goreng pedass(sbb aku xtahan pedas) dan kuih serta agar2 yg diimport khas. ding dong ding dog..ada satu sangkut iaitu alat pemadam api dah expired. mcm mana leh terlps pandang ntah. tp bkn kesalahan major la..kul 12 tgahari, auditor pilih nak melawat projek.sayur organik di berjaya hills bukit tinggi. so, kami mengiring la. dlm duk audit2 tu, blh plak phone tertinggal di dlm ldg tuh. then, kami lunch di sana. balik terus makan durian raja kunyit aka mou san king. disebabkan makan byk durian, auditor jumpa lg satu kesalahan. dah jadi dua kesalahan. sebenarnya ISO ni dah nak tutup minggu depan sbb start april 2011 hq putrajaya dah nak guna ISO SPTP lak. so, ingin tutup hingga ke titisan terakhir atau dengan hormatnya org kata..hehe..terpaksa la akur apa yg diperintah..
semoga kesalahan yg dijumpa td menjadi kesalahan biasa...hehe..apa2 pun thnx auditor sudi datang ke bentong audit kitaorg sambil makan2 dgn kami n jejalan ke projek kami ek..jgn serik datang lagi tau.

11 Apr 2011

jalan jalan cari makan..

selalu kalau firdaus tye nak gi mana, jawapannya ialah..jalan-jalan cari makan. sebab kalo pi jalan mmg la kena benti makan. so minggu ni, kami wakil kepada rancangan jalan-jalan cari makan menganjurkan aktiviti tersebut:

sabtu:
makan tengah hari
di : bandar karak
menu:
nasi putih, ikan talapia bakar kosong (tawar), sambal belacan, air asam, taucu cina masak panjang, ayam goreng berempah, ulam (kacang botol dan timun batang) serta air siram limau.

makan petang
di : karak juga bersebelahan masjid karak
menu:
pisang goreng
mangga muda

makan mala
di: rumah bentong
menu: nasi kosong, ikan patin goreng, ikan sardin, air roselle

ahad
makan tengah hari
di: bandar batang kali, ulu selangor (char kuew tiaw)
tp menu nya ialah: nasi ayam, carrot 'susu' juice (hehe)

makan petang jam 3..
di bandar rawang (apa menda corner ntah)
menu: nasi goreng paprik, rojak buah, carrot 'susu' juice (hehe), orrange juice, apple 'hijau' juice jugaks..

makan malam
di kg baru kundang, rawang
menu:
keropok goreng, tea tarik
mee goreng udang, 'tupak sotong'

amboi begitu byk makan kan..tp kami bukan makan mcm host tu sikit2..kami makan sehabis baik kata pengakap...hehe..adakah diet aku menjadi minggu ini?
oh no...tidaaaaak.....

2 Apr 2011

hari sukan sekolah mak su..

perbarisan yg dah selesai demo masakan oleh tentera
siap masak nasi ala ala askar..kami mencubanya

the first 'donut'

donut oh donut..macam mana nak makan..kalau firdaus xkasi..

makan la sorang2.

jgn malu2,

jgn segan2..

kerana donut tu firdaus yg buat dan makan.

ni tuan buat donut yg xbagi org lain makan wpun sikit..haha


inilah hasil 'donut' yg ahmad firdaus buat kat sekolah nya..

1 Apr 2011

RUMAH

2 minggu lepas, kami ke temerloh dan ke kuantan. tujuan utama ke temerloh ialah mesy sambil berjalan-jalan di cuti sekolah la. so, kena akur la kalo dah sorang keje pejabat biasa dan sorang lg adalah seorang guru. yg penting kami boleh sama2 la. lepas pegi temerloh, kami ke kuantan tgk2 rumah baru yg hampir siap. ni kira rumah ke 2 la yg bank akan pungut hutang dari kami selepas berhutang rumah pertama di kuala lumpur. mi dan cik ada juga bebel nape beli rumah kat luar je. macam xnak stay kelate jah. tapi, disebabkan peluang dan keadaan semasa adalah di sini dan dulu kuala lumpur, so adalah sikit sebanyak mempengaruhinya. dipendekkan cerita, sepatut rumah ni boleh duduk dan selamat didiami pada januari 2011. ntah kenapa dan apa yg silapnya, lambat lak bg cf. so, kami pun pegi lagi la berjalan2 sambil melihat apa yg xsiap lg..

ikutilah gambar-gambar seperti di bawah ini:

ada orang sibuk nak tutup buka pagar tu tutup pintu pula
ni bilik saya..
ni bilik mama n ayah ke?
dan ni bilik mak su yuni

Projek Pisang + Cili di Janda Baik, Bentong.



owh sudah lama tidak aku menekan menggunakan jari ini...

hahaha..tajuknya agak manis sama seperti tuan empunya..kiki nape tidak menggunakan jari ini utk update blog nih? jawapannya seperti biasa...org keje gov tak leh spend masa utk menda2 mcm nih? atau malas ? atau xde masa? atau mmg kena blok ke internet? atau xsht? atau broadband tak dop? hahahha byk btl soklan ituh tp jawapannya mmg la gov dihadkan utk menda2 mcm ni.. bagi org yg pandai menguruskan masa dgn btl, blh je menaip menggunakan jari ini utk meng 'update'. adakah aku tidak menguruskan masa dengan betul? bukan (Sambil menggelengkan kepala tanda tidak setuju) start isnin lepas...bz memanjang selasa kena gi serdang..sampai ke malam kat sana jam 10 br sampai bentong..nsb baik la bentong ni dekat dgn kl... tetapi aku kurang bernasib baik bila nak ke kuantan tidak macam duk kat maran macam dulu hanya 84km je sehala kini 220km sehala lebih dari separuh kan..huhuhuh sambung balik yg td.. rabu jam 6pg dah kuar rumah utk ke kuantan sampai malam lagi la bentong khamis ramai lak jumpa2..sepatut meeting n seminar di bentong tetapi diwakilkan kedua2 nya aku nak di opis hr khamis jumaat meeting lagi dgn dato D.O dan malam ini baru la sempat menaip menggunakan jari ini... hehehehe.... apa2 pun keje byk, kesihatan kena juga jaga sbb sejak 2 menjak ni kalau otak ni terlalu ligat berputar, rsa sakit saaaangaaaaat kepala..berat gitu..nape ek???utk menghilangkan nya (kata hubby) ialah tidur secukupnya..