20 Dis 2010

sunyi..

dr jam 6pm semalam rumah aku agak sunyi dgn hilai tawa ahmad firdaus..
lambatnya rabu..
mama rindunya kat firdaus
huhu..

17 Dis 2010

selamat hari lahir deq yuni..

hari ni hari lahir deq yuni..
di samping happy ada juga terselit kedukaan sbb tarikh ni juga arwah abah pergi..
every year menda yg sama akan berlaku.
deq yuni dah 9 thn thn ni..
beerti abah pergi dah 7 thn.
cpt rasa berlaku
sedangkan tiap2 malam aku masih teringatkan abah.
tambah pula kalo byk masalah berada di dalam kepala ni.
dulu abah atra tempat aku mengadu..
hari ni plan nak buat kek dgn adik.
adik dah stay kat bentong dari cuti sek hari tu lg.
harap dia ok menjadi sebahagian keluarga kecil ku ini..
mcm kakak firdaus skrg ni..
hehe..
nway..happy birthday deq..semoga berjaya dunia n akhirat..
amen..

6 Dis 2010

Jadual Minggu Ini

Hari ni post sal jadual minggu ini.
bukan malaysia minggu ini ya..
sungguh la padat jadual walaupun cuti sek hubby ada kat rumah.
tq hubby sbb teman aku kat sini walaupun cuti sek.
hehe
so, jadual minggu ini sungguh la padat..
bermula pg ni sepatutnya aku di kuantan kerana ada mesyuarat moa inc peringkat negeri pahang.
tp disebabkan aku dah tanda dlm kelendar aku yg kecik ni yg ada perjumpaan dgn peserta tanaman roselle di karak, so aku terpaksa undurkan diri dari kuantan. bukan aku tak nak gi..tambah pula hari ni juga ada satu syarikat ayam organik yg memasarkan ayamnya di i setan, tesco dll yg beroperasi di bentong nak present dpn pengarah2 di bawah agensi moa inc untuk mendapatkan pendaftaran no moa inc.
so, tanpa berfikir panjang, aku htr je wakil sbb bdn aku mmg xboleh nak di belah dua kan.
lagipun dari selasa lps mmg aku di marriot ioi palm garden sampai khamis lps..pastu trus ke kuantan sbb jumaat pg ada mesyuarat jtp peringkat negeri pahang. sungguh penuh jadual aku menyebabkan aku dah lama xmasuk pejabat. nasib baik la hubby sanggup menemani aku dan aku bawa sekali firdaus dan yuni. yuni dah jadi anak perempuan aku lah skrg ni. ke mana aku pergi mmg aku akan bawa dia. suka ada anak perempuan ek...
esok cuti umum..aku mmg x ke mana2 sbb lps ke kuantan jumaat tu, kami jejalan kuantan pada hr sabtu termasuk la ke majlis perkahwinan boss lama aku iaitu en alang mad daud. slps tu kami ke maran amik baju hubby yg berbaki lg..hubby dah dapat tukar bentong..syukur alhamdulillah..
lps ke maran trus ke jengka rumah nenek aku..apa lagi kalo makan ikan singgey.
haha
hancur diet aku selama ini.
ahad kemas rumah je.dah lama xduk rmh..salin cadar..basuh baju yg dari selasa lepas lg xbasuh..
lagi..acara masak memasak. firdaus n yuni makan nasi byk sgt sbb mmg aku masak fav diaorg kot..
esk..kak pah n family nak dtg rumah dr kl. dia adalah sil aku. yg baru bersalin 2bulan lps.
erm ..rabu ada seminar iso di raub..nasib raub sbb dekat dgn bentong..32km je..yg daerah lain mesti rasa jauh kan sbb biasa kami2 ni la yg jauh sbb kebiasaan buat kat kuantan..ni rasa lak kuantan kena dtg sini..hehehe
seminar ni sampai jam 10mlm..khamis lak kena pi lg raub sbb ada mesy pengembangan negeri phg lg. jumaat pg mesy dgn majlis pasal sisabaki racun..ptg ke pelangai sbb prog taklimat kenaf kpd penduduk kampung..sabtu ok xde dlm jadual..ahad kena keje sbb ada majlis dgn menteri kesihatan atau parlimen bentong..
hush,,byk sungguh dlm jadual..hajat di hati nak blk kel. kesian lak hubby cuti sek duk sini je..
tp minggu depan kena pi pinang lak..huhu..
apa apa pun jadual dah penuh ke..kita yg tentukan nak gi ke mana kan..
kita yg buat jadual..bukan jadual yg buat kita..hahaha..
sedap je bercakap..kalo xpi xpe, xpe..tp.....faham ke ayat aku?