27 Jan 2010

i masuk sinar harian?



yg pakai baju purple tu la i..sebelah YB Dato Ismail (Parlimen Maran)


PHOTO?

nape dah lama i xletak gambar?
1. bz xsempat nk upload
2. kamera rosak..rosak slide..kalo repair baik beli baru aaa..kata abg amin.
3. wiyar usb phone ntah aku letak kat mana..cari xjumpa..byk ni gmbr xupload dlm phone..(kena beli phone baru ke?)

so...xde gambar la ek...

26 Jan 2010

TQ SUTA n KANDAR..

semalam i ke kuantan jumpa boss kat hq
lps siap keje, i n sharifah faizah ke mayfair depan berjaya megamall tuh
cek badan n appmt skin lak
b4 cek bdn (ni xserik2 sbnrnya) minum kat kopitiam kemaman jap..
kata on diet..kiki..
erm..fat 25% tuh
apa yg perlu i lakukan?
kuikuikui
blk maran, suta datang rmh dgn kandar n aishah hani
comel la aishah
part rambut mmg i kalah..
huhuhu
bila nak dpt babygirl neh :)
masak apa kat suta n kandar?
nasi putih
tomyam campur
telur dadar
kailan ikan masin
potato goreng
timun
tu je
xsempat nk msk lbh sbb br blk kuantan
nak borak pon jap je kandar bg masa sbb ma kandar ada kat kl
lain kali dtg lg ek
nway tq la sudi sgah umah kami..
suta nak amik gmbr..tp i ckp..xpayah la..muka letih..

18 Jan 2010

uwaaa kambingku telah hilang..

sedih bila blaku kehilangan ni..
semlm kambing tlepas keluar gi mana ntah
pueh kami anak beranak cari tp xjumpa..
huhu
cepatlah balik...
nmbekkkk...

14 Jan 2010

OPERASI EKKL 2010

masa lembu 'tidur' n kena bg reverse inj lak
ni kena tarik kerbau yg dlm keadaan kurang tenaga

Tahun 2010 ni maran jadi perasmi EKKL malam semalam
ops lupa..bg yg xtahu apa itu EKKL, ialah enakmen kawalan kerbau lembu.
so, kami akan menangkap segala jns ternakan berkeliaran di sekitar tmpt awam termasuklah di bahu jalan besar.
semalam, i ikut juga la operasi yg melibatkan:
1. Jab perkhidmatan veterinar maran (JPV) - 2 pajero
2. Penguatkuasa JPV negeri Pahang - 2 pajero n 2 lori
3. Penembak JPV - 1 pajero
4. Unit Kesihatan JPV - 1 fontuner
5. TAC Jengka (DR Dian) - 1 pajero
6. Penguatkuasa Majlis Daerah Maran (MDM) - 1 van 1 lori
7. RELA Maran (20 anggota) - 1 trak
8. JPAM @ JPA3 - 1 van
9. Polis Maran - 1 keta polis
Semua berkumpul di pejabat vet maran la..i bg taklimat sebelum start perjalanan seterusnya diikuti makan bihun singapore dgn air tea o..
(staff kat sini masak..best woo).
sebelum tu firdaus datang la menyebuk juga kat offce..ni la keburukan offce dekat umah..sesenang hati je datang dan balik sendiri..lps makan kopok keping, dia balik semula..masa tu jam 9 mlm la..masih awal kan..
lps tu nmpk ayah di (BIL) datang rumah (singgah dr kuantan nak ke bera).
so, dlm kul 10 start la sepatah dua kata dari ku ini..lps tu kami bergerak ke lokasi sasaran di mana byk blaku kemalangan dan kacau ganggu dari ternakan yg mempunyai tuan yg kureng btanggungjawab la katakan..(melepaskan ternakan sesuka hati menyebabkan org lain kurang selesa) . masa tgh ronda, kami nampak sekumpulan lembu tgh tidur dgn senang lenangnya di tepi jalan..apa lg pasukan menembak trus poooshh...
lepas tembak bius, lembu jatuh..i ler terkial2 ke dalam semak utk kasi 'reverse injection'..suh Dr, Dr suh i balik..
dalam kul 2pagi baru siap sekor lembu..then sampai jam 4.30 pagi..dah dapat 3 ekor..termasuklah kerbau..masa nak masuk 3pagi reporter Sinar Harian called ckp nak dtg n join..ok je tp kami dah dapat 1 lembu 2 kerbau ni..kul 3.30 pagi mata dah xleh buka..semua menuju ke jengka 6, 7 dan jengka 10, mata dah rapat ngantuk sgt..sampai2 dah kat offce..tertidur rupanya..
balik dalam jam 5 pagi..
angau rasa gi htr anak pg
bgn2 dah kul 7.30pagi..hubby pon gi sek lambat rasa sbb nsi firdaus pun xsempat buat..biasa kalo i dah penat keje luar, mmg hubby take over la segala jns kerja rumah..
so, htr firdaus jam 8.30 pagi..i masuk offce juga la wpun pening disebabkan ngantuk sbb ada 'tukang' tgh renovate dapur rumah.
nak tak nak tggu la kat pejabat dulu..jam 10.30 'tukang' pi kuantan..so, i tidur xhengat dunia sampai kul 2 ptg..kul 3 ptg gi pejabat semula tgk kes anjing..
so, semalam kami target 20 ekor , namun yg dapat 3 ekor saje..clear jalan..xpernah2 sblm ni..

mungkinkah:
bocor rahsia?
tuan lembu sudah insaf?
hehehhe
sama2 la kita kena fikir..

13 Jan 2010

pizza hut east cost mall..

sorry ya terpaksa ckp ni..
semlm gi mkn pizza hut kat ECM, Kuantan
dlm air ada anak lipas..
nasib baik ternampak masa lipas tu nak masuk ke dlm gelas ikut straw
terus panggil la ckp..tahu apa blaku?
tukar straw je..n bawa mai blk ke kami
depan kami tu buat tu
sampai depan i, dgn muka tkejutnya i jawab "awak tukar straw je?"
ada ke patut..
lps tu pi rumah abg amin, dia ckp sepatut paggil manager je
xleh biar menda mcm tu blaku
lps ni jgn harap la mkn pizza kat situ
hati2 juga la kalo nak mkn fast food neh..

gambar lagi..




mana firdaus?memang cepat je lari..


nampak ke tudung hijau kat blkg tuh?



kenangan melaka bandar bersejarah

kat kg buku malaysia..berdua-dua an? firdaus mana?
firdaus n Darwisy Aminudin

8 Jan 2010

hatiku tenang bila...

semalam fikiran kusut sangat sbb lps mesy dgn D.O sal haiwan berkeliaran, aku didatangi oleh farmers yg kureng aku suka (bkn xsuka kenapa sbb kami kena layan dia like a VVIP la lbh kureng). disebabkan mslh dia yg nak claim lembu yg +ve brucella, aku terkena lg penyakit sakit kepala yg menyusahkan hidupku lg sehinggakan org lain nak dtg n nak jumpa aku cakap "tlg dtg hr lain boleh? kepala saya pening la" disambung dgn staff aku lak.."minta tlg la..cik na ni byk sgt masalah yg dia kena selesaikan, so, mungkin hari ni bukan hari yg betul utk jumpa dia" ..tahu clients tu ckp apa? "ok ok sy faham, nest week before sy dtg, sy call dulu la ya"..boleh mcm ni baik la kan..
semlm aku keje sampai jam 11 mlm..percaya x gov pun kena keje mcm swasta gak?sape la ckp gomen keje sikit?kiki..sbb lembu Brahman br sampai kat pej n farmers pon ramai tunggu lembu2 diaorg..
pagi ni..lepas sign smua claim2 diaorg yg nak cpt sbb nak tutup akaun dah, aku melompat ke pajero n sempat ckp dgn staff, "hari ni saya nak tenangkan hati n saya ke ladang ya"..ok x mcm tu?
yg sedih bila nak bg treatment ke rusa alih2 rusa yg br beranak mati la plak..sedih mak n anak nya mati..
trus ke ladang kambing lak..lps rawat kambing sakit kaki, aku terpandang anak biri2 yg asyik memandang ke arah ku ini..trus aku tangkap n peluks..aduk , kena tendang manja kat pipi aku lak..tgh main2 anak biri2, tuan dia ckp apa;"amik la kalau cikna nak anak tu, dah cerai susu"kiki..dengan hati yg tenang, aku amik la masuk pajero..sekarang i ada anak biri2 kat umah tau..jgn jeles...hatiku tenang bila tgk si dia makan rumput di depan umah ku...
to Dato Pengarah: boleh la Dato kami bela dlm kuaters ek..
tq..

7 Jan 2010

TATKALA TUHAN MENCIPTA MANUSIA..

Al-Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yg pertama oleh Allah SWT iaitu Adam 'alaihis salam (as), dlm surah Al Baqarah ayat 30-38 spt brkt:

Dan ketika Tuhanmu berfirman kpd malaikat "Sesungguhnya Aku hendak mjadikn seorg khalifah di bumi" mereka bkata "Adakh Engkau hendak mjadikn di bumi itu makhluk yg akn mbuat bncana n menumpahkn darah. padahal kami sentiasa btasbih memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman : " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yg kamu tdk tahu" (30)

Dan Dia pun mengajarkn Adam akn nama2 seluruhnya, kemudian ditunjukkan kpd malaikat, lalu Dia bfirman : " Terangknlh kpd Aku nama benda2 ini semuanya, jika kamu golongan yg bnr." (31)

Malaikat bkata "Mahasuci Engkau kami tdk punya ilmu selain apa yg Engkau ajarkn kpd kami. Sesungguhnya Engkau jualah yg amat mengetahui lg amat bijaksana" (32)

Allah bfirman "Wahai Adam, terangknlh nama benda2 ini smua kpd mrk" Maka stlh Adam menerangkn nama benda2 itu kpd mrka, Allah bfirman: " Bukankah Aku tlh katakn kpd kamu bhw Aku mengetahui segala rahsia langit n bumi, dan Aku mengetahui apa yg kamu nyatakan dan apa yg kamu sembunyikan?" (33)

Dan ketika Kami bfirman kpd malaikat: "Tunduklh kpd Adam" lalu mrka smua tunduk mberi hormat, melainkn iblis. Dia enggan dan takbur, jdkanlh dia dari golongan yg kafir.(34)

Dan Kami bfirman "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dlm syurga, dan mknlah mknn apa saja yg kamu bdua suka sepuas2nya dan jgnlah kamu hampiri pokok ini, jika kamu hampiri maka akn jdlh kamu dr golongan org yg zalim" (35)

Setelah itu syaitan mgelincirkn mrka bdua dr syurga itu dan menyebabkn mrka dikeluarkn dr nikmat yg mrka berada di dlmnya, dan Kami bfirman: "Turunlh kamu, sebahagian kamu menjadi musuh kpd sebahagian yg lain, dan bg kamu disediakn tmpt kediaman di bumi, serta mdapat kesenangan hingga ke suatu masa" (36)

Kemudian Adam menerima dr Tuhannya beberapa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yg amat pengampun lg amat mengasihani. (37) Kami bfirman "Turunlh kamu smua dr syurga itu! Kemudian jika datang kpd kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yg mengikut petunjuk Ku nescaya tdk ada kebimbangan bg mrka dan mrka pun tdk akn bduka" (38)

5 Jan 2010

musim demam ke?

semalam hubby mmg demam teruk sgt..balik umah pon berbungkus je dgn baju dia..firdaus lak 5 kali "kuar air". bahasa yg digunakan oleh beliau skrg ni sbb cair sgt n byks..
nmpk la muka letih..blk nursery trus minum milo secawan.kebetulan kami ada tetamu (kwn mil) ank nya br jd cikgu kat area maran..the problem is tak de umah sewa..so, kami ajak stay with us sementara cari umah sewa.semalam firdaus kawan la dgn kak yuni ni..sebaya sil sbnrnya..firdaus la called her kak yuni (sama dgn nama deq yuni jer kan)..dia to be a teacher la.eh dah jd pon semalam..2 thn fly uk then br dpt tahu kena ngajar sini.mlm tu tgh nak siap for a dinner, hubby kua gi klinik..tahu ke klinik ada standard hour skrg neh? sampai 9pm tau buka..kata 1 malaysia kan ..rakyat didahulukan..so, tgh tggu hubby tu, borak la dgn yuni ni kat luar..hp mmg dlm blk..rupanya dah ada miskol fr hubby..ada msg lak..bp rendah..tgh masuk air..huhu..trus kami ke klinik tgk hubby masuk air..ahad tu firdaus gi klinik, ni ayah nya lak..
semalam firdaus 'keluar air' 2kali..siang 5 kali..sian syg mama..musim ke ek? tukang yg buat kitchen cabinet kat umah pon sakit perut..kwn i keje risda pon dah berbotol air masuk sbb sakit perut dari jumaat lg..Ya Allah, sembuhkan lah penyakit ini...amen...

4 Jan 2010

HAPPY NEW YEAR..

SELAMAT TAHUN BARU 2010..
1ST DAY HUBBY GI SEK - XBERAPA SIHAT LA PLAK
1ST DAY FIRDAUS GI NURSERY - DIARRHEA LA PLAK
NWAY, SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBAHAGIAKAN KAMI SEKELUARGA TANPA PENYAKIT2 INI- AMEN -

MELAKA LAGI..

MELAKA LAGI NIH NAK CITER..
SORRY LA LAMBAT SIKIT SAMBUNG CERITA EK..BZ TER AMAT LA SGT.
LPS LAWAT BANDAR HILIR, KAMI MAKAN KAT TASIK. MLM TU GI NAIK CRUISE KAT SG MELAKA N MENGHILIR SERTA MENGHULU SG LA KAMI..
MALAM PUNYA LA LETIH SGT SAMPAI NAK MKN PUN XLARAT SBB NGANTUK..
BLK SLPS MAKAN TRUS ZZZZZZZZZZZZ
ESOKNYA KAMI MAJLIS DAERAH POSING2 KAT DEPAN TASIK JAP..
MENIKMATI KEINDAHAN ALAM.
THEN KE JJ AMIK AURA AIRCOND SBNRNYA
SAMBIL SHOPPING..
THEN KE TAMAN BOTANICAL N KG BUKU MALAYSIA..BYK BELI BUKU SAMBIL BACA BUKU KAT SANA..
NANTI I LETAK GAMBAR BYK2 LA..
LPS TU MKN THARI KAT AREA SANA GAK..
MLM TU KAMI KE BANDA HILIR LAGI..KUL 10 MLM BR KUAR..BELI PRODUCT OF MALACCA LA..BELI BAJU MELAKA PLAK..MLM KAMI MKN KAT KAKI 5..SEJENIS NAMA RESTORAN YG AGAK UNIK LA JUGA..
SEMPENA BIRTHDAY CIK..
BLK ZZZZZZZZZZZZ
ESOKNYA KAMI KE KL PLAK...