12 Feb 2010

Frustrated..

Salam semua,
Hari ini antara hari yang sedih yang aku lalui. Kadang-kadang apabila dugaan Allah datang, hati ku berbicara sendirian 'adakah ini tandanya Allah sayang kpd orang-orang yg diberi ujian?' Harap2 ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa.
Hari ni sepatut aku balik kelantan dengan keadaan yg sangat gembira. Adakah disebabkan perkara-perkara yg sukar aku terima boleh menyebabkan 'mood blk kampung aku terguris'?
Entahlah, semenjak arwah abah meninggalkan kami sekeluarga, pelbagai dugaan yg kami (keluarga aku) harungi..pejam celik dah nak masuk 7 thn abah meninggalkan kami. Tapi hati aku tetap rasa abah masih ada dan masih disisi aku menyokong aku dari belakang utk menjaga maruah seorang ayah serta adik2 yg masih memerlukan aku. Tapi apabila dugaan datang tp belum sempat aku tepis, aku mula terasa kehilangan abah..sebab masa tu aku rasa 'kalah'..rasa diduga dengan berat sekali.Masa ni Tuhan je tahu bahawanya aku dan adik2 masih memerlukan abah disisi. Aku menangis sepenuh hati. Teringat pesanan abah, teringat masa abah marah, teringat kesemua kenangan sewaktu bersama abah. Kadang2 hati aku selalu berkata-kata, kenapa abah pergi? Kenapa kami harus mengharungi hidup ini sendirian? Kenapa dugaan ini datang tanpa aku minta? Kenapa aku yg melaluinya bukan si A, si B? Ya Allah, berdosa ke hambaMu ini apabila berfikir seperti ini? Ampunkanlah dosa ku Ya Allah. mungkin pada masa ini, hatiku terlalu sedih, frust, xsangka semua ini berlaku sekelip mata..mengadu hanya padaMu. Aku redha dengan kehendakMu, dugaan dariMu, dan aku harungi dengan tabah dan dengan ditemani dengan air mata..hanya itu yg aku mampu. betapa sedihnya mengenangkan kisah2 hidupku ini tp aku mesti kuat. Aku masih ada lagi insan2 yg boleh memberikan sokongan yg baik, aku masih ada emak n adik2..ada suami yg memahami dan anak yg comel. aku harus bersyukur.aku dilahirkan sebagai Norazlina Ismail. Aku harus tabah. kalau aku lemah, apa akan terjadi kepada adik2 aku? Apa akan terjadi kpd keluargaku? aku harap hari esok akan bersinar. Burung-burung masih berkicauan seperti hari2 bahagia lain. Aku mengharapkan kekuatan dan ketabahan dari Mu Ya Allah utk meneruskan kehidupan ini. InsyaAllah hari2 yg mendatang akan mematangkan lagi pemikiranku dan kehidupanku lebih lengkap..amen..
huhuhu..aku masih lg sedih..apa perlu aku lakukan? dah sepinggan aku mkn nasi dgn ayam masak merah (my fav tuh)..

Tiada ulasan: