22 Jul 2009

dusun dokong..

salam semua..
saya mmg suka sgt makan buah-buahan tempatan.
antaranya:
1. rambutan
2. durian
3. manggis
4. dokong
5. mata kucing (buah bidara = org pahang panggil)
6. tembikai
bila tiba musim buah, mmg saya takkan lpskan diri saya dgn menikmati kenikmatan buah yg Allah kasi. memang nikmat. musim ni, saya dah mkn durian byk sgt dan masa menikmati durian ni teringat balik kenangan manis semasa saya peknan kan along. suka sangat makan durian sampai hubby terpaksa marah kalau saya makan lagi. bayangkan sebiji durian boleh dihabiskan. bukan apa hubby tu..dia takut along suka duria lps ni.hehe. tak de..utk jaga kesihatan la kan. hari ni, saya terpaksa menghantar wakil ke hq utk meeting ekkl disebabkan datuk manaf nak lawat tapak ayam tkpm ulu luit. so, dalam jam 9 kami ke tapak bersama-sama dengan tok 4 (penghulu kalau di kelantan) dan staff veterinar la. selepas lawat tapak, tok 4 pun ajak ke dusun dokong nya di kg luit, maran. YA ALLAH, sungguh byk buah dokong yg boleh dipetik jari je.. tak pernah seumur hidup saya memetik dokong di dusun yg seluas ini.. ada rupa-rupanya. disebabkan terlalu byk pokok dokong, saya berjalan ke pokok-pokok sambil memetik sebiji sepokok dan memasukkan ke dalam mulut dan seterusnya ke pokok yg lain pula. (mcm berbelit je ayat saya..) . baru la saya sedar yg org lain memetik hampir penuh plastik besar di tgn masing2 tp saya? tanpa sebarang buah, namun.. dalam mulut tak berhenti mengunyah.. saya lapar ke? tak..dah mkn nasi lemak + milo O td.. kenapa ek? sbb rumah saya di kelantan hanya dikelilingi oleh pokok tembakau sahaja..huhu..nak tanam pokok dokong la..lps ni anak2 blh makan sambil petik dgn jari je...sweet...nak gi lagi la esok..

1 ulasan:

firdaus berkata...

tok 4 jom pi dusun dokong lagih!