1 Jul 2009

RAya Aidilfitri 2009

semalam semasa tengok tv dengan hubby, kami berbincang tentang hari raya tahun ni..
raya kat mana ek thn ni? kb ke bachok? cepat je hubby ckp kb. kadang-kadang saya ni terfikir kenapa kebanyakan pasangan suami isteri akan berebut pada hari raya pertama. ada pembaca kat sini macam tu ke? sila angkat tangan tinggi2. xpe, saya mmg tak nampak kalau saudara saudari mengangkat tangan pun..ehehhe.
raya pertama penuh makna bagi kita semua. tak kira la kita ni anak sulung ke, anak kedua ke atau anak bongsu..semua ada peranan masing-masing sebelum bergelar suami atau isteri seseorang. cuba bayangkan selama 26 tahun saya menyambut hari raya di rumah saya sendiri dan tiba-tiba pada tahun ke 27, saya diminta menyambut hari raya ini di rumah suami saya dan erti kata lain rumah MIL. boleh ke? saya rasa semua tak boleh tapi kena buat boleh sebab perkahwinan ini suatu pengorbanan yang besar. kita kena ingat, sekali kita bergelar isteri, kita tidak boleh lari dari tanggungjawab yang besar itu iaitu mengikut perintah suami. bagi si suami2 pula macam mana? ada kes suami kena ikut isteri balik rumah MIL dia pula? sebenarnya semua itu tidak akan menimbulkan masalah jika ada jalan penyelesaian dengan baik iaitu dengan perbincangan. tidak semestinya kita sebagai isteri ni tidak boleh langsung menziarahi mak kita dan ahli keluarga. cuma kena pandai mengatur hari, masa dan perancangan yang baik dan tersusun tanpa menyentuh hati pihak lain seperti mak kita atau mak mertua kita. so, saya telah mengatur jadual hari raya saya dengan jadual bergilir-gilir seperti jadual di bawah: (mana tahu ada pengantin baru nak tgk jadual raya utk panduan)

puasa terakhir : 12.00 tengahari (jgn la berkira sgt kalau terlebih sikit2 utk menjaga keharmonian rumah tangga kan) akan ke rumah MIL

hari raya 1 : 12.00 tengahari akan ke rumah mak kita plak. so sembahyang raya kat umah MIL

hari raya 2 : 12.00 tengahari akan ke rumah saudara mara belah suami plak. tapi kalau dah dekat, pegi je terus. tak payah ulang alik byk kali..dah la jem kan time raya.

so, setiap masalah ada penyelesaian. cuma yg penting kena ada perbincangan yang baik di mana kalau kita penat nak melawat byk2 umah, minta la excuse dgn suami. jgn simpan di dalam hati menyebabkan akan menjejaskan kesihatan anda. melawat saudara-mara ni tak wajib..jaga kesihatan lagi baik dari memudaratkan. tp jangan buat alasan ni utk melepaskan diri dari berjumpa saudara mara lak sbb time raya la semua nak berkumpul n makan sesama kan..renung-renungkan lah..
so, selamat hari raya...puasa dah hbs ganti ke? baju raya dah beli..jahit belum..tema? tunggu..

2 ulasan:

Phoenix berkata...

Memang pening bile time raya.. but in my case..KB - Pasir Mas..just 15 minutes away.. Mlm raya husband kat umah dia.. n me..kat KB..tolong mak buat biskut. tgh mlm baru dia blk umah..So pagi Raya memang every year kat my house..lps smyg raya baru balik umah dia..Kalau blk cuti pun camtu..ari ni umah dia..esok my house lak..penat2

firdaus berkata...

xpe 15 minit jer dekat..ni KB to BACHOK 30 mint gak + jem tak ke lama lagi..hehe..my hubby xnak sorang sana, sorang sini.dia kata xbest berjauhan.so salah sorang kena ngalah la ikut time table.(kena lah berkorban - tel asyik bunyi je lah dr family belah yg tak gi)
xaci every year pagi kat umah dia. ni kes dera..haha..
sama lah gilir-gilir kalau cuti..hbs masa dlm keta je.. n satu lg beg dlm keta je..sonang!