5 Mac 2012

perjumpaan adik beradikku..

jumaat lepas, mi dtg bentong.mana xdatangnya, tiap2 hari aku tel tye bila nak dtg bentong. bukan nak menyusahkan seorang ibu, tetapi mmg kalau aku xbalik, mmg minta mi dtg jugalah rmh aku ni.rasa xsedap je kalo sebulan sekali tu xjumpa. lagipun adik yuni (adik bongsu) ada sekali kat bentong. abe farid (adik no 4 aku) plak keje kat raub. kira kuatlah semangat mi nak dtg. ramai anak2 dia kat sini. kebetulan pula, kak chik (adik no 3 aku) n kakak (adik no 2 aku), gelaran mcm kakak aku lak ke dia...hehe.. ada meeting kat kl sabtu lepas. kira perjumpaan terus la adik beradik kecuali abe chik (adik no 5 aku la) sbb dia keje kat kb sambil tunggu SPM. mi dtg dgn bas dr bachok sampai lah ke bentong (betul2 benti bas depan pejabat aku).

masa benti depan pejabat tu, kami sedang sibuk kemas slps majlis kesyukuran di atas kemenangan kawasan pengembangan daerah terbaik malaysia thn lps. selain itu, kami meraikan juga majlis persaraan 2 kakitangan yg bersara thn ni serta majlis perpisahan 2 kakitangan. majlis berjalan lancar dgn kehadiran TKP Malaysia Dato' Sabtu yg kebetulan melawat projek TKPM Lebu pada jam 2 ptg itu.

malam mi sampai, kami borak2 kosong je. adik yuni seperti biasa la berkepit dgn mi sampai firdaus pun sekaki sekali.

sabtu, adik yuni n hubby sekolah ganti. tinggallah aku, mi n firdaus je kat umah. aktiviti biasa mi ialah masak memasak serta melukis upin n ipin utk firdaus. setiap kali mi ke dapur, firdaus akan ikut opahnya. opah masak sedap...hehe..mak dia xmasak ke? soalan nih.. grsss.....

apa mi masak hari ni?
pulut hijau
landak goreng kunyit
sup ayam
ikan
sayur

ptg sabtu, kakak, kak cik n abe sampai..acara masak memasak masih lagi berjalan dan makan la.
malam tu, aktiviti membahagikan harta dari vietnam..

erm...

dapatlah
1 baju kurung yg dah siap
1 pasang kain sembahyang yg disulam byk2
2 sutera vietnam
4 baju T firdaus
2 baju T hubby
1 key chain
1 tikar
1 baju T saya

oklah tu..thnx to my beloved sister..hehe..sbb beli byk brg..i suka

esoknya ahad, smua pegi mandi kolam kecuali aku n mi stay kat umah. masak la mi..aku rehatkan badan seperti biasa.

mi masak lagi bubur kacang
pengat pisey
nasi ikan kicap
sayur
tempoyak n ulam2

balik, teman mi beli brg jap kat bandar..
mi balik ikut kak cik sampai gua musang jam 2 ptg. kakak, tetap digoda oleh aku utk stay sampai bola habis..kikiki..kul 11 gak la btolak fr bentong ke melaka. yg penting puas hati sbb menang TRW..oklah tu..

abe lak balik raub kul 1 pg..aku?tdo lambat ke? xde lah..salam awl2 trus tdo..hubby ke tunggu sampai jam 1 pg.. kesian..

apa-apapun best juga jumpa adik adik dan mi..semoga lps ni leh jumpa lg ek..thnx semua..saya sayang keluarga saya..

Tiada ulasan: