13 Dis 2011

Kompos utk bunga?

Apakah yg dimaksudkan dgn KOMPOS?
Kompos ialah sejenis yg terhasil drpd pereputan bhn organik sprti daun-daun mati, ranting kayu serta lebihan mknn.
kompos membekalkan nutrien tambahan kpd tanaman dan membantu membaiki keadaan tanah yg tidak subur utk tanaman.
Cth tanah liat. bagi tanah yg mengandungi tanah liat yg tinggi, mslh yg dihadapi adalah kurangnya bahan organik yg dapat membantu pertumbuhan tanaman. dengan penambahan kompos, ia dapat membantu melonggarkan sifat tanah liat berkenaan. Manakala bg tanah yg mempunyai kandungan pasir yg tinggi, masalah yg dihadapi adalah kebolehan menyimpan air yg lemah. Kandungan bahan organik yg tinggi di dalam kompos membantu memegang air bagi tanah jenis ini.
Bahan-bahan utk membuat kompos terdiri daripada bahan-bahan yg terdapat disekitar kita sprti daun kering, ranting mati, bekas potongan rumput serta lebihan makanan seharian.
Bahan-bahan ini dibahagikan kepada dua iaitu bahan hijau dan bahan coklat. bahan hijau adalah terdiri daripada potongan rumput, daun-daun yg gugur, sayur-sayuran yg sudah tidak dimakan atau lebihan masakan serta bahan buangan binatang. bahan hijau ini mengandungi kandungan nitrogen yg tinggi.
Untuk bahan coklat pula, ia terdiri daripada kayu-kayu, ranting-ranting mati, buah-buahan yg tidak lagi dimakan atau lebihannya (biji, kulit yg tidak dimakan) dan bahagian tangkai sayur-sayuran. Ia mengandungi kadar kandungan karbon yg tinggi.
Bahan-bahan ini dicincang atau dipotong menjadi bahagian-bahagian kecil supaya mudah diolah menjadi kompos.

nanti sambung lagi ya... ;)

Tiada ulasan: