12 Dis 2011

Alhamdulillah

Syukur kepada Maha Pencipta kerana pagi ini aku masih lagi dapat membuka mata dan menyiapkan diri utk ke pejabat. Tanpa aku duga, ianya berlaku lagi utk kali ini. Namun, harapan masih tinggi walaupun pengalaman lampau menyinggah sekejap...

Pagi tadi semasa masuk pejabat, seperti biasa staff bertegur sapa lantas aku memberi sedikit manggis n buah oren utk ditatap bersam-sama.

Selepas buka komputer, aku terpanggil utk membaca satu blog yg telah ditulis oleh seorang lelaki yg bergelar ayah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Blog yg byk menceritakan tentang anak-anak, kehidupan, keagamaan dll.

Air mata menitis kala membaca blog isterinya. Begitu tabah manusia bergelar isteri yg menghadapi dugaan seberat itu. Aku pernah merasainya walau 3bulan..tapi berpisah rumah kerana disebabkan pekerjaan suami yg mengambil masa utk pindah..bukan berpisah alam..

Alangkah sukarnya menghadapi kehidupan dgn anak-anak yg masih belum mengerti pada masa ini dan mengharapkan belas ihsan seorang lelaki yg bergelar ayah..

Namun, aku mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan org-org yg beriman dan isterinya tabah mengharungi kehidupan ini..

Pernah aku terfikir jika aku berada di tempat beliau..?

huh..sungguh berat ku rasa kan..

Semoga pinjaman dunia yg indah ini terbalas di akhirat yg lagi hebat seperti yg dijanjikanNya..

amen

Tiada ulasan: