26 Ogo 2009

AL -FATIHAH






salam semua..
dah lama saya tidak muncul di ruangan ini.
hari ini saya hadir semula ke pejabat dgn hati yg kurang semangat lagi utk bekerja. tapi disebabkan kerja dan tanggungjawab yg besar, saya gagahkan kaki juga ke tempat kerja walaupun hubby masih bercuti sekolah hingga isnin depan..masih berbaki 6 hari..
Tanggal 17 Ogos 2009 bersamaan 26 Syaaban 1430 H adalah tarikh pemergian seorang ayah mertua yg saya sayangi Prof Dr Abdul Halim Bin Mat Diah. arwah adalah salah seorah pensyarah di Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
saya mendapat berita dari abg effy yang ayah sakit dan tidak sedarkan diri pada jam 7.20 pagi. sewaktu saya bersiap-siap utk ke pejabat dan hubby telah menaiki kereta utk ke sekolah namun masuk semula ke dalam rumah utk menyatakan yg saya kena bersiap pakaian utk ke kl. di dalam fikiran saya, saya mempunyai 2 mesyuarat penting yg perlu dihadiri dan terus ke pejabat utk 'minit' ke staff lain..dalam keadaan terpaksa..sambil memberi input kpd wakil saya ke mesy itu, tel saya berbunyi dgn 'ringing' utk hubby. call dari hubby .. saya terus angkat dan mendengar suara hubby "yang, ayah dah meninggal..diiringi esak..siap cepat, kita ke kl" saya hanya menjawab 'ok'. saya buntu tanpa kata lagi. terus blk ke rumah dan sempat memesan kpd siapa yg ada kat kaunter ckp saya ke kl..ayah meninggal.
teringat semula saat2 abah saya meninggal 6thn yg lalu..17 dec 2003 jam 8.00 pagi semasa arwah menjadi ketua pengawas peperiksaan PTK guru2 daerah bachok, kelantan..jantung..begitu cpt masa berlalu..
begitulah perasaan hubby juga sewaktu mendengar berita sedih ini..masa tgh kemas baju, saya amik apa yg perlu dan sekadar shj..hubby ckp kita maybe blk kelantan terus..lebihkan baju along..tak byk patah perkataan yg dikeluarkan oleh hubby dan saya..saya mengikut apa yg dickpkan tanpa byk tanya.di dalam keadaan begini, masa didahulukan daripada pencanggahan pendapat..
di dalam hati, teringat kembali saat-saat bersama ayah..walaupun arwah adalah ayah mertua, arwah melayan saya dgn baik sekali. saya menganggap ayah sebagai ayah saya sendiri memandangkan arwah abah telah lama pergi..saat-saat yang dikongsi bersama, byk ilmu diberikan. kadangkala terasa byk perkara saya tidak mendalami di dalam bidang tertentu bila arwah berkongsi pengalaman n ilmu..paling suka bila arwah selalu menanyakan keadaan kesihatan n baka koleksi ayam n ternakan yang beliau miliki..pernah masuk ke dalam reban ayam yg besar bersama arwah semasa di rumah dan diminta bagi ubat antistress kepada ayam2 nya..dulu mmg selalu bawa antistress bila pergi ke kl..

dan yg paling manis bila bersalam dengan ayah..salam, cium tgn arwah dan arwah akan menarik hidung saya..sambil ckp menantu ayah yg 'comey'..ada ke ayah mertua melayan menantu begitu sekali? bila teringat kembali kenangan bersama arwah ayah, mata saya berkaca..sedih..segera mengalihkan keadaan lain utk tidak menangis..membuatkan diri ini tabah di depan hubby yg sedih lagi dgn berita td..di dalam perjalanan ke kl, rasa jauh plak .. saya mengambil surah yassin yg sentiasa ada di dalam kereta utk sedekahkan kpd arwah..
along kat belakang hanya diam dan sesekali minta ke depan sambil menggerakkan mulutnya seperti mengikut bacaan saya td..sampai je di hospital sungai buloh, kelihatan adik2 semua ada..kami berpelukan sambil beresakan..saya masih lagi terkilan bila teringat kembali yg kami tidak berpeluang utk bersama2 ayah buat kali terakhir pada majlis makan dan tahlil di rumah kl pada sabtu 15.8.2009 tu disebabkan hubby sakit kepala..sedih namun itu semua ketetapan dari Nya..kita manusia yg kerdil sgt berbanding Nya..kelihatan van jenazah keluar menuju ke rumah di sg buloh..kami mengikut ke rumah dgn tel hubby n saya xberhenti2 berbunyi..
sampai di rumah, saya sekali lagi membaca yassin..kelihatan begitu ramai kenalan dan saudara mara berkunjung ke rumah..jiran tetangga bersalaman dengan saya dan menyatakan baru berkunjung ke rumah utk majlis makan n tahlil pada sabtu lps..sekali lagi saya sedih..teringat semula semasa ayah berkunjung ke rumah saya di maran, pahang 2 bulan lps..pernah saya masukkan ke dalam entry sebelum ini..pernah ayah cadang pasal sambung belajar saya di dalam bidang yang dia ceburi..makan durian sama2, makan satey rusa sesama, buat air kegemaran ayah 'tea' dan ayah bermalam di rumah kami..
selepas solat jenazah di rumah, hubby memanggil saya dan meminta saya mengucup ayah..sekali lagi hati saya tersentuh bila mengucup pipi kiri arwah bila fikiran saya teringat semula masa majlis kenduri abang sidi..semasa nak keluar rumah pengantin..dia memegang tangan saya dan membisikkan sesuatu yang menyebabkan hati saya tersentuh..saya tersentuh sgt bila layanan yg diberikan sama seperti arwah abah..pegang tangan sambil ckp sesuatu yg saya suka..tp itu smua kenangan manis..yg pergi tetap pergi..
slps asar, ayah selamat dikebumikan di perkuburan kundang, sg buloh, selangor..3 hari saya di kl..hari ke 4 blk ke kelantan dan tahlil di masjid kolam, pasir puteh, kelantan..hari ke 7, tahlil di rumah kb..
Di dalam hadith, Nabi saw bersabda:-“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga. Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh”Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga arwah berada di dalam golongan orang yang beriman- amen-
Antara penulisan ayah ialah:-
PENDIDIKAN ISLAM DI MALYSIA - SEJARAH DAN KONSEP ABIM, KUALA LUMPUR.1987
(1987) RINGKASAN SEJARAH ISLAM DI AFRIKA UTARA DAN SEPANYOL ABIM, KUALA LUMPUR
MASALAH MASALAH UMMAH ABIM
( 1987) ISLAM DAN DEMOKRASI PENDIDIKAN ABIM, KUALA LUMPUR
2005 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA JURNAL TAMADDUN 1 OGOS KUALA LUMPUR: JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM, APIUM
2005 PENGARUH BUGIS DALAM KESULTANAN SELANGOR MUZIUM SELANGOR

2004 PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENGHADAPI ERA GLOBALISASI SUMBAR FORUM

2004 PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA DALAM MENGHADAPI PASARAN BEBAS AFTA IAIN PADANG
2004 PERANAN INTELEKTUAL DALAM PENYEBARAN ISLAM HADHARI MAJALAH AL-ISLAM DISEMBER

2003 DUNIA ISLAM KINI KUALA LUMPUR : SALAFI GROUP

2002 ISU-ISU SEMASA DI DUNIA ISLAM KUALA LUMPUR : SALAFI GROUP

TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM (JURNAL USULUDDIN 1 1993)

(2008), "SEJARAH PERJUANGAN PARTI-PARTI POLITIK DI INDONESIA", JURNAL AL TAMADUN, BIL 3, KUALA LUMPUR: JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA.

(2008), "SUMBANGAN MUHAMMADIAH DALAM PENDIDIKAN DAHULU DAN SEKARANG",

JURNAL TAMADUN, RIAU: STEA RIAU, INDONESIA

Prof Dr Abdul Halim bin Haji Mat Diah (2007), falsafah pendidikan islam di peringkat ijazah tinggi di Malaysia, Jurnal Al-Tamaddun , Bil. 2, jabatan sejarah dan tamadun islam ,akademi pengajian Islam, universiti malaya.
al - fatihah

Tiada ulasan: