17 Jun 2009

gambar leopard cat


si kecik semalam sebuk la ckp "catcat la ama"..then letak tangan kat mulut 'tompok' ni. ramai org kata kucing jns ni mmg bahaya sbb dia mcm liar sikit la..semlm lg ok nmpk bdn nya..makan bubur nasi about 8ml..ok lah..dgn si kecik sekali la makan bubur yg mama masak utk 'tompok'. hari ni jab. perhilitan dtg lg tgk keadaan semasa. kaki je sakit lagi..pg ni xbagi ubat lg la..tgk dulu keadaan..bp pon ok..jantung ok..

16 Jun 2009

sambungan kucing tadi

sambungan kucing tadi ek..
alahai byk serangga la gigit dia kat dlm sangkar buatan sendiri tuh.
panggil hubby minta tlg amik dlm sanggar.
"takkan la abang lak keje dgn vet" kata hubby
heheheh
selepas amik, msk dalam sangkar kecil dan bawa gi klinik lagi sekali.
mandikan dgn shampoo dan bagi air minuman.
sekarang tengah keringkan badan jap..
terror hubby ku sbb pandai handle leopard cat
heheheh

Leopard cat / kucing batu.




Leopard Cat / kucing batu dikenali sebagai 'kucing hutan' oleh orang kampung. kucing ini juga dikenali sebagai 'kucing hutan' lah. pagi ni tengah buat laporan mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah maran, saya dipanggil oleh pembantu veterinar tentang kehadiran leopard cat ni. dia cakap pejabat perhilitan maran telefon tadi menyatakan kucing ini kemalangan dan memerlukan rawatan yang agak segera. saya terus menuju ke ruang klinik yang telah tersedia di penjuru pejabat saya. erm..cantik..dalam hati saya berkata-kata. akhirnya terpancul juga kata-kata "macam anja" kucing saya yang telah diambil orang suatu ketika dahulu. pembantu serta staff saya pun ada cakap sama dengan kucing saya dulu. cantik. pegawai dari pejabat perhilitan cakap kena bius dulu sebab agresif semalam macam nak gigit. saya segera menyarungkan 'glove' di tangan yang tersedia rapi untuk memegang tanpa memikirkan dugaan negatif bakal tiba. kelihatan bentuk fizikalnya, tiada kecederaan yang serius memandangkan tiada darah dan patah yang berlaku. hanya 'injured' di bahagian kedua-dua belah kaki belakang. saya gosok kepala dan ambil untuk dapatkan 'body weight' untuk dos ubat yang akan dirawat. alhamdulillah, baik kucing nya..selepas selesai sesi rawatan dilakukan, saya mengambil keputusan untuk menjaga sementara untuk memulihkan keseluruhan kucing ini. sambil membuat rawatan, terpancul juga nama baru yang saya letak. 'tompok'..heheh. ok gak kan..jap saya nak gi tengok tompok jap
bai

Cincin Part III ending..sad ending ke happy ending?

kalau dah pink pink colour gak mmg confirm la happy ending kan
hehe
citernya bila blk dr vacation last week
saya pegi mana2 tanpa cincin kesayangan saya
saya cite ke MIL (boleh MIL senyum jer?)
hubby ckp senyum sbb MIL pun slalu lupa letak barang gak..so, sama la kan
mami saya ckp lak.."ado tuh..raso letak tempat comey dooh sapa xingak nak cari mana"
= ayat semangat dari mak saya, means dia menyokong saya utk terus mencari lagi cincin tu
hubby cakap "sampai hati xpakai cincin pemberian dia" = memang nak kena ah sbb dia dah sedia maklum cincin tu tak disengajakan dan menghilangkan diri begitu sahaja..huhu
blk dari bercuti di kelantan n terengganu, saya n family blk la ke maran. cikja ikut balik gak. anaknya iqbal keluarkan semua barang mainan firdaus dan main apa yang dia suka. saya lak sibuk di dapur menyiapkan sarapan utk kami semua..tiba-tiba, jeng jeng jeng...saya mcm biasa la, amik firdaus dan mengajar dia mengutip semua barang dia dan memasukkan semula ke dalam bekas mainannya. dia pun kutip la..sambil tu, tangan saya pun cepat juga la mengutipnya sbb sambil memasak sambal bilis kan.risau la juga takut hangit (dah menjadi kebiasaan bg kaum2 ibu yg sibuk membuat kerja-kerja lain sambil memasak). cepat-cepat mengutip tu, saya ternampak sebentuk cincin di bawah kerusi tempat mainan yang diselerakkan tuh..huhu..dengan lafaz 'alhamdulillah' saya memanjat kesyukuran sambil menyarungkan semula cincin tu ke jari saya..hehe
hubby ckp " baru nak tempah cincin lain" - sad ending ke happy ending bila dengar ayat neh?

4 Jun 2009

..US..

MASA NI TIME NAK RAYA LAST YEAR..PI CARI SONGKOK KAT FIRDAUS N HUBBY..THEN HUBBY NAK AMIK GAMBAR KAT MEDO (GLAMER DULU TIME AKU SEKOLAH2 SBB GAMBAR DIA CANTIK N BLH SOROKKAN JERAWAT KALO GAMBAR YG ADA JERAWAT LA..AHAKS). GLAMER GAK SBB NI CAMERAMAN UTK ISTANA WOOO..ERM, HUBBY KENA PAKAI SONGKOK SBB NAK HTR GAMBAR UTK BUAT E NIKAH (ALAH KAD NIKAH YG BARU TU) SMUA DAH ADA KE?AKU DAH ADA MAA..HEHE.SO, AKU CKP DGN HUBBY, ALONG NI NAK AMIK GAMBAR GAK LA. SO WE ALL TGK BAJU YG DIPAKAI MASING2 LA MASA TU..ERM..KIRA COLOUR OK LAH KALO NAK AMIK GAMBAR SBB ADA LA KAITAN NYA ATAU ERTI KATA LAIN 'SEDONDON' KIKI..SO, KAMI PON AMIK LAH GAMBAR..SATU LTK KAT DINDIN RUMAH N SATU LAGI LETAK DLM OFFCE KU.. YG BEST NYA KALO ORG DATANG OFFCE N JUMPA AKU, DIA AKAN TANYA LA HUBBY USTAZ EK? KEKEKEKEKE..USTAZ LA ..JAWAB AKU..
INILAH CERITA TENTANG GAMBAR KAMI YG COMEL NIH..

28 Mei 2009

cincin part II

cincin part II: cincin dalam kenangan..huhu





















CINCIN PART 1

cincin part I:
al kesah la pasal cincin aku yg penuh bermakna dlm hidup
b4 ni aku mengenali erti cincin adalah yg letak di jari
yg plg sweet ialah cincin di jari manis
dulu2 punya cerita sape yg pakai cincin, confirm la dah ada org punya
ye ke?
aku pakai cincin since umur 5thn
biasa la cincin yg boleh adjust besar kecil tu
skrg firdaus pun ada cincin tu
lama2 my mom bg cincin biasa2 masa meningkat dewasa
then cincin buluh rotan ek nama dia
pakai di sekolah
kadang2 buang kalau ada spotcheck dgn cikgu disiplin
haha
xleh pakai barang kemas katakan dulu2
lps jd prefect kat sek bachok, aku selamba je pakai cincin
sbb aku yg meng'check' org lain
so tangan aku selamat la
jahat kan
erm..masuk 'u' zaman remaja lg la
beli la cincin silver
ala yg sama tp kalo tgk btl2 xsama tu (ehem ehem)
bahaya ulas cite lama lebih lanjut
kiki
erm..sampai la sekarang mmg aku mmg pakai lg cincin yg mana ada
sampai lah aku dilamar oleh seorang jejaka
kuikui
so cincin kahwin nya 'aku yg pilih'
dah yg plg sedih bab ni..adalah semalam
ia berlaku seperti berikut:
sape si pemakai: aku lah sape lg kalau dah cincin aku kan
sape yg ada ketika di tempat kejadian : hubby of course - sbb masa tu lunch hour
tempat kejadian : atas tikar swk di dalam rumah aku - maran, pahang
jam : 1345 pm (bergegas2 nak pi keje la plak)
kenapa blh terjadi : aku potong pelam dan air pelam meleleh kat tangan, so buang cincin letak atas tikar berkenaan n sambung kupas pelam dengan syok nya
jam 1400pm, cari balik tp dah tak de lah
blk keje, cari lagi
semalam cari lagi
hubby pun cari
sampai jam 2300pm cari
pagi ni sapu smua ruang tamu
xjumpa
ya Allah berikan lah petunjuk kpd hambaMu..Ameen