16 Jun 2009

Cincin Part III ending..sad ending ke happy ending?

kalau dah pink pink colour gak mmg confirm la happy ending kan
hehe
citernya bila blk dr vacation last week
saya pegi mana2 tanpa cincin kesayangan saya
saya cite ke MIL (boleh MIL senyum jer?)
hubby ckp senyum sbb MIL pun slalu lupa letak barang gak..so, sama la kan
mami saya ckp lak.."ado tuh..raso letak tempat comey dooh sapa xingak nak cari mana"
= ayat semangat dari mak saya, means dia menyokong saya utk terus mencari lagi cincin tu
hubby cakap "sampai hati xpakai cincin pemberian dia" = memang nak kena ah sbb dia dah sedia maklum cincin tu tak disengajakan dan menghilangkan diri begitu sahaja..huhu
blk dari bercuti di kelantan n terengganu, saya n family blk la ke maran. cikja ikut balik gak. anaknya iqbal keluarkan semua barang mainan firdaus dan main apa yang dia suka. saya lak sibuk di dapur menyiapkan sarapan utk kami semua..tiba-tiba, jeng jeng jeng...saya mcm biasa la, amik firdaus dan mengajar dia mengutip semua barang dia dan memasukkan semula ke dalam bekas mainannya. dia pun kutip la..sambil tu, tangan saya pun cepat juga la mengutipnya sbb sambil memasak sambal bilis kan.risau la juga takut hangit (dah menjadi kebiasaan bg kaum2 ibu yg sibuk membuat kerja-kerja lain sambil memasak). cepat-cepat mengutip tu, saya ternampak sebentuk cincin di bawah kerusi tempat mainan yang diselerakkan tuh..huhu..dengan lafaz 'alhamdulillah' saya memanjat kesyukuran sambil menyarungkan semula cincin tu ke jari saya..hehe
hubby ckp " baru nak tempah cincin lain" - sad ending ke happy ending bila dengar ayat neh?

Tiada ulasan: