Leopard Cat / kucing batu dikenali sebagai 'kucing hutan' oleh orang kampung. kucing ini juga dikenali sebagai 'kucing hutan' lah. pagi ni tengah buat laporan mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah maran, saya dipanggil oleh pembantu veterinar tentang kehadiran leopard cat ni. dia cakap pejabat perhilitan maran telefon tadi menyatakan kucing ini kemalangan dan memerlukan rawatan yang agak segera. saya terus menuju ke ruang klinik yang telah tersedia di penjuru pejabat saya. erm..cantik..dalam hati saya berkata-kata. akhirnya terpancul juga kata-kata "macam anja" kucing saya yang telah diambil orang suatu ketika dahulu. pembantu serta staff saya pun ada cakap sama dengan kucing saya dulu. cantik. pegawai dari pejabat perhilitan cakap kena bius dulu sebab agresif semalam macam nak gigit. saya segera menyarungkan 'glove' di tangan yang tersedia rapi untuk memegang tanpa memikirkan dugaan negatif bakal tiba. kelihatan bentuk fizikalnya, tiada kecederaan yang serius memandangkan tiada darah dan patah yang berlaku. hanya 'injured' di bahagian kedua-dua belah kaki belakang. saya gosok kepala dan ambil untuk dapatkan 'body weight' untuk dos ubat yang akan dirawat. alhamdulillah, baik kucing nya..selepas selesai sesi rawatan dilakukan, saya mengambil keputusan untuk menjaga sementara untuk memulihkan keseluruhan kucing ini. sambil membuat rawatan, terpancul juga nama baru yang saya letak. 'tompok'..heheh. ok gak kan..jap saya nak gi tengok tompok jap
bai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan