3 Feb 2009
jalan je awak nih..
"asyik berjalan je awak nih". inilah perkataan yang sering adik-adik, makcik-makcik, mak saudara, pak saudara saya ckp kan kat firdaus. maklumlah orang dah ada lesen kan. memang ke hulu ke hilir la kerja dia tambah lagi ramai 'si kecik' kat rumah opah. antaranya, iqbal (anak sulung cikja), adam (anak ke 2 cikna), haikal (anak sulung ira) dan dia la (anak sulung pn lina n en fahmi)-hehehe-
tapi seramai-ramai kanak-kanak kat umah opah nya tu, firdaus la orang suka kacau. sampaikan satu tahap yang kurang senang gak la bg saya sbb at last firdaus akan nangis dan jalan kat mama dia la.huhu. saya ni byk kerja yang kena buat. maklumlah malam ada tahlil. basuh ayam - saya lah, basuh ikan - saya lah, buat 'singgang ikan' - pun saya lah.. nape? tak percaya? tengok je macam ni tapi kalau setakat tahlil kurang dari seratus orang tu, kira boleh la lagi saya take over from mami yang sibuk yg amat sangat melayan tetamu..
antara orang suka kacau firdaus ialah 'tok cik ja' dia - mak saudara saya la sbb saya panggil cik ja..so anak saya confirm tok cik ja.. walaupun tuannya kurang setuju utk panggilan tersebut - tua katanya.
selain tu, aunty Lily - adik saya yg nama dia kak cik aka linda (dia je yg beriya aunty lily) so, we all tak de pilihan lain..kdg2 anak buah panggil aunty je sbb pjg sgt.. tak sesuai nak panggil pjg2 bg bdk2 kcl
yang selebihnya, opah dia. kacau gak la sbb firdaus ni saje je buat2 baik dgn opah dan lari kat ayah kalau nampak ayah..saje ek kacau opah.
antara perkataan-perkataan yg selalu dikacau ialah:
1. salam-salam..firdaus akan hulur tangan n salam sambil cium tangan. yang paling diaorang gelak bila time amin tu...org biasa akan amin di muka tapi firdaus akan amin di kepala belah kanan..bila orang gelak, dia pon sama gelak dengan menampakkan gigi nya and yg paling penting kedua-dua belah lesung pipi (ni confirm ikut mama ek?)
2. kipas berpusing, ada kipas dalam bahaya-lagu versi wonderpet kami dah pulang. tp ditukar lirik.firdaus akan senyum dan menunjukkan jari kat kipas di atas. semua gelak lagi. tapi yang tak tahan bila kawan-kawan dia yang lain akan sambung nyanyi lagu wonder pet. maksudnya semua kanak- kanak tahu la kan.. ni ayah dia yang ajar lagu tukar lirik ni.
3. sayang-sayang - firdaus akan sayang bila diminta sayang. tapi awas, dia pilih gak la orang. kalau orang tu nampak garang, dia tak nak langsung. tp kalau senyum-senyum, baru dia senyum. tapi diaorang akan amik dukung dan larikan dari saya n ayah firdaus. sampailah firdaus nangis.
4. kawan-kawan - bila sebut kawan-kawan, firdaus akan gi dan letak tangan atas bahu orang yg sebut tu. apa lagi, diaorang akan cakap la dan cium kuat-kuat..sampai firdaus lari tp dipegang oleh diaorang..
sweet kan tgk telatah anak-anak ni. tapi yg pelik, kanak-kanak lain tak dikacau lak..bila saya membebel dan minta diaorang kacau kanak-kanak yang lain, diaorang cakap kacau firdaus best sbb dia 'manja macam mak dia'. aku pun cakap 'tipuuuuuuuuu'...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan